Shakleemate Sihat Semanis Apple Merah :)

Shakleemate Sihat Semanis Apple Merah :)

Kempen Jom Berhenti Merokok Bersama VIVIX SHAKLEE

Kempen Jom Berhenti Merokok Bersama VIVIX SHAKLEE
Click Gambar untuk Order :)
Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari rundungan sedih dan duka. Aku berlindung kepadaMu dari sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepadaMu dari sifat pengecut dan kedekut. Aku berlindung kepadaMu dari beban hutang dan penindasan orang.

Saturday 31 December 2011

penghijrahan:)

assalamualaikum..saya arissa..saya buat blog ni hanya untuk berkongsi sedikit sebanyak ilmu ilmu agama yang saya dapat sama ada daripada sumber carian sendiri ataupun daripada pandangan saya sendiri mengenai Islam. saya bukanlah seorang ustazah ataupun ahli alim ulama' or im not even a great person that know all about Islam. Blog ini akan mengandungi apa jua perkara yang berkaitan dengan hal hal agama. Saya menjadikan blog ini sebagai tempat untuk saya mengumpul ilmu ilmu yang saya dapat jika sebelum ini saya hanya membaca blog2 yang berkaitan dengan agama tetapi sekarang saya bukan sahaja hanya membaca tapi saya ingin berkongsi dengan kalian. Walaupun saya tahu sudah banyak wujudnya blog blog mengenai agama Islam tetapi saya bukan mahu menandingi blog mereka saya hanya ingin menyimpan sambil berkongsi ilmu yang saya dapat dengan anda semua.

Anda mungkin mendapati some of my articles sama dengan blog or website website lain and yes saya mengaku akan ada artikel yang saya akan hanya copy and paste je. itu adalah kerana saya tidak mempunyai ilmu yang cukup untuk menokok tambah ataupun memberi pandangan lebih mengenai sesuatu artikel itu.

dahulu saya adalah seorang yang sangat jahil tentang agama solat tah kemana puasa pun kadang ponteng tetapi tidak bererti saya tidak tahu solat. dari semasa ke semasa saya semakin menyedari akan pentingnye agama Islam dalam hidup kita...oleh itu saya ingin membuat penghijrahan dalam diri saya dan ingin mengubah hidup saya untuk kearah agama Islam. 

jika dilihat walau sebaik mana pown nasib kita tetapi jika kita tidak solat semua yang kita dapat belum tentu punya berkatnya...kadang saya pelik ada kawan yang tidak solat tetapi mampu hidup selesa berjaya dalam pelajaran tapi semakin saya mendalami ilmu agama ini saya terjumpa satu baris ayat ni...

"Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian kerana itu tandanya Allah swt sayang padanya"

bila pikir balik yes its true sebab walaupun Allah menguji untuk menguji tahap keimanan kita namun Allah swt takkan sekali kali menguji hambanya diluar kemampuan hambanya. Itu telah membuktikan yang Allah swt sangat sayang kepada kita oleh itu jika kita ditimpa musibah jangan lah kita mengeluh sebaliknya kita harus rasa bersyukur:) 

sampai sini sahaja dulu moga Allah memberkati niat saya untuk berkongsi ilmu yang diberikan. semoga anda semua dapat menyokong blog saya ini dan juga facebook page saya. semoga Allah swt membalas sokongan anda semua terhadap impian saya untuk menambah ilmu didada juga berkongsi ilmu dengan kalian semua. sesungguhnya yang terbaek datang dari Allah swt dan yang buruk datang dari saya sendiri.

wasalam:)


2 comments:

FATIN FILZAH said...

blog yg menarik..teruskan perjuangan berblogging semoga mendapat manfaat kepada owg len :)

feeqa rayyan said...

terima kasih banyak kerana sudi baca:) insyaAllah:)