Shakleemate Sihat Semanis Apple Merah :)

Shakleemate Sihat Semanis Apple Merah :)

Kempen Jom Berhenti Merokok Bersama VIVIX SHAKLEE

Kempen Jom Berhenti Merokok Bersama VIVIX SHAKLEE
Click Gambar untuk Order :)
Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari rundungan sedih dan duka. Aku berlindung kepadaMu dari sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepadaMu dari sifat pengecut dan kedekut. Aku berlindung kepadaMu dari beban hutang dan penindasan orang.

Monday 22 April 2013

siapa kita??

Assalamualaikum wbt....setelah sekian lama menjenguk jenguk blog orang lain...terpanggil kembali untuk mengupdate blog ni...tp apa yg sy beri kali ni semuanya adalah diambil daripada blog ni mr zulfikri ni...banyak sangat ilmu2 disitu yg sangat padat isinya..sy xde edit mahupun buang even a word daripada blog dy..and this is it...barakallahu fikum :)

bila kita beribadat dalam masjid, apa yg kita nampak pada org2 yg tak berada dimasjid/tak beribadat?
sebab kita berasa kita lebih Islam/taqwa/iman dari yg lain?sebab kita mengeji org yg melakukan keburukan?
sebab apa kita pandang org lain dgn kehinaan?
sebab apa kita semakin jauh dgn akhlak Rasulullah?
sebab apa sibuk membuahkan benci?
di mana terdapat akhlak mulia di situ ada agama & ilmu
di mana tiada akhlak tiada juga di situ agama mahupun ilmu
jangan kita sibuk pandang orang lain melainkan diri sendiri dulu.
jangan kita menilai diri sendiri lebih baik dari org lain .
Agama kita adalah Agama beradab bukan sahaja pada ALLAH dan RasulNYA tapi kepada sekalian makhlukNYA.
kata-kata dari Syeikh Kadir Jailani.
1. Apabila kamu bertemu dengan seseorang,maka lihatlah kelebihan yang ada padanya.Dan engkau katakanlah kepada dirimu sendiri,”Mudah-mudahan jadilah dia di sisi Allah lebih baik daripada aku dan semoga Allah mengangkat darjatnya.”
2. Sekiranya dia adalah orang yang lebih muda daripada engkau, katakanlah,” Dia belum menderhaka kepada Allah.Maka tidak ragu lagi dia lebih baik daripada aku.”
3. Sekiranya dia adalah seorang yang lebih tua daripada engkau,maka katakanlah,” Dia adalah orang yang lebih dahulu menyembah dan berbakti kepada Allah daripada aku.”
4. Sekiranya dia adalah orang alim,maka katakanlah,” Dia telah diberikan oleh Allah apa yang aku tidak perolehi dan dia mengetahui apa yang aku tidak tahu.”
5. Sekiranya dia adalah seorang yang jahil,maka katakanlah,” Dia adalah orang yang menderhaka kepada Allah kerana kejahilannya. Sedangkan aku menderhaka kepada Allah dalam keadaan aku
mengetahui bagaimanakah kesudahanku dan kesudahannya. ”
6. Sekiranya dia adalah seorang yang kafir,maka katakanlah,” Aku tidak tahu,mungkin akhirnya dia dia memeluk Islam dan mati dalam keadaan Husnul Khatimah dan mungkin aku jadi kafir dan mati dalam keadaan Suul Khatimah.”
Semoga ALLAH menjauhkan kita daripada sifat riak dan takbur.
p/s: jazakallah khairan kathira kerana sudi baca :)