Shakleemate Sihat Semanis Apple Merah :)

Shakleemate Sihat Semanis Apple Merah :)

Kempen Jom Berhenti Merokok Bersama VIVIX SHAKLEE

Kempen Jom Berhenti Merokok Bersama VIVIX SHAKLEE
Click Gambar untuk Order :)
Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari rundungan sedih dan duka. Aku berlindung kepadaMu dari sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepadaMu dari sifat pengecut dan kedekut. Aku berlindung kepadaMu dari beban hutang dan penindasan orang.

Saturday 8 September 2012

Sayangi agama kita :)


Assalamualaikum wbt...
Dari seorang sahabat untuk renungan kita bersama

Kita sering hanya mendengar, membaca artikel di atas jarang sekali kita menghayatinya, cuba kita renung sejenak utk lihat implikasi kepada diri kita keluarga kita dan masyarakat kita jika tiada sesuatu usaha untuk membendungnya. Satu hari nanti dikampung kita akan kita dengar si anu tu dah masuk kristian sedangkan kita tahu si anu tu ada didikan agama, emak bapanya orang beriman juga. Tak lama kemudian dengar-dengar jiran tetangga kita pula  masuk kristian kita masih selamba saja takut takut kita dengar ahli keluarga kita pula masuk kristian. Oleh itu tidak hairan ada di kalangan org kita terpengaruh akibat kurang didikan agama dan juga kesempitan hidup. Oleh itu pastikan ahli keluarga kita dan juga diri kita sendiri mendekati surau dan masjid  pada setiap minggu  ada pengajaran agama supaya jiwa kita disirami dengan iman. 

Sesungguhnya mubaligh kristian terlalu gigih berusaha memasukkan orang kedalam agamanya  kerana ia rasa amat kesian takut-takut orang ini mati belum sempat dikristiankan. Mereka amat percaya kepada hari pembalasan takut org yg tak masuk kristian akan berada dalam neraka. Mereka amat simpati dengan org yang belum di Kristiankan, oleh itu strategi mereka amat lembut dan memasukkan unsur kasih sayang dan sanggup berkorban kepada mangsanya.Namun sebenarnya ada diantara paderi mereka juga  berjiwa bersih dan suci utk mengkristiankan kerana anggapan mereka agama kristian adalah agama yang betul dan mereka berusaha mengkristiankan orang ramai dengan penuh keikhlasan.Mereka lakukan itu dengan niat yang ikhlas utk mencari seberapa ramai umat manusia utk diselamatkan. Usaha yang tak pernah jemu dan bersungguh hati akan pasti menghasilkan sesuatu kerana sifat Rahmannya Allah itu. 


Tidak hairanlah ada cerita yang kita dengar, paderi masuk pula agama islam kerana ia telah memahami hakikat agama mereka dan mendapati agama islam berada dilandasan yang betul.Oleh itu selitkan di dalam hati kecil kita pula utk bertemu dengan paderi itu atau mana-mana org bukan islam bagi memberi kefahaman tentang agama kita.Ikhlaskan hati kita supaya satu hari nanti kita dapat mengusahakan ada orang yang masuk islam atas sebab ikhtiar kita atau peribadi kita atau tuturkata kita, semuga usaha yang tak pernah jemu dan disulami dengan keiklasan dapat membuahkan hasil yang membahagiakan. ikutilah cerita di bawah utk kita hayati dan renungi 



Jalan-jalan Syurga  
Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imamdan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itudan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karyaIslamik yang lain.Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluarseperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amatdingin dan hujan mulai turun.Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas danseraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah inimasanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah""Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat""Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketikahujan turun"Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuacasebegini"Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepadaanaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!""Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredahhujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa punyang dijumpainya.
Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikanrisalah itu kepada penghuninya.Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" adapada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masihada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencarisiapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.
 Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mulamengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu dirumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentardan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namunsekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi,mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambilkeputusan menekan loceng sekali lagi.
Akhirnya pintu rumah itu dibuka. Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an.Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?" Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit. "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amatsayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang palingbertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi."Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembutMinggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imammemberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nakmenyatakan sesuatu"Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalahperempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan iniyang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali.

Untukpengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangandalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya."Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadisaya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadapanak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satulagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tibaloceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapapun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyilagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi"."Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng inisetelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergike pintu""Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu.Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maafsaya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkanmakcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indahyang saya dengar". "Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintudan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yanghampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka.Aku tak perlukan itu lagi"."Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadihamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat inidan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikatkecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan beradaselama-lamanya di dalam neraka"Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yangberteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknyayang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya. Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerahyang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yangsekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat. Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepadamakhlukNya yang penyayang Panjangkanlah risalah ini. Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memeliharakamu! TAKBIR!! ALLAHUAKBAR!Wassallam 

Firman Allah swt :

"Sesungguhnya agama di sisi Allah adalah ISLAM"

Sunday 22 July 2012

solat terawih : sejarah hukum dan kaifiat:)


Assalamualaikum wbt sahabat sekalian:) 
terawih sinonim pada bulam ramadhan tp sejauh manakah kita arif tentang terawih?? jom baca artikel ni saya jumpa sewaktu mencari ilmu lebih tentang terawih:) sy hanya copy paste daripada sumber ini >> Abu Anas Madani sy tidak berani mengubah apa apa kerana sy masih jahil lagi dalam hal hal sebegini sy hanya menambah gambar sebagai selingan hehe...harap apa yg dikongsikan ini dapat memberi atau menambah lebih banyak ilmu untuk sahabat sahabat mengenai solat Terawih:) jom baca :) 



Solat Terawih: Sejarah – Hukum – Kaifiat

Posted by Abu Anas MadaniAbu Anas Madani on 26 Ogos 2009


Segala puji bagi Allah yang menjadikan kita dikalangan orang-orang yang beriman. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad saw itu pesuruh Allah. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw, ahli keluarganya dan sahabat-sahabatnya.
Alhamdulillah, bulan Ramadhan kembali menemui kita. Banyak ilmu yang perlu kita ulangkaji berkenaan amalan-amalan di dalam bulan Ramadhan, agar kita dapat memperoleh manfaat dan ganjaran yang sepenuhnya pada bulan yang mulia ini.
Risalah ringkas ini akan membincangkan tentang “Solat Terawih” dan perkara yang berhubung kait dengannya.
Berkenaan keutamaan solat ini, Abu Hurairah r.a. menerangkan bahawa Rasulullah saw menganjurkannya pada malam Ramadhan dengan anjuran yang bukan berupa perintah yang tegas. Baginda bersabda:
((مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا، غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ)) [متفق عليه]
Maksudnya: “Sesiapa yang berdiri (beribadat) pada malam Ramadhan kerana iman dan mengharapkan ganjaran (daripada Allah), diampunkan dosa-dosanya yang telah lepas.” [Sahih Muslim, no: 759]

Takrif Solat Terawih:
Menurut bahasa (lughah): Terawih bermaksud berehat, bersenang-senang, melapangkan nafas dan seumpamanya.
Menurut istilah: Terawih ialah ibadat solat yang dilakukan pada waktu malam di bulan Ramadhan. Bermula waktunya selepas solat isya’ dan berakhir dengan masuk waktu subuh, tidak termasuk sunat ratibah isya’ dan solat witir.
Dinamakan terawih kerana orang yang melakukannya akan berehat selepas empat rakaat (dua salam).
Solat terawih termasuk solat tahajjud atau solatul-lail dengan membaca al-Fatihah pada setiap rakaat dan membaca ayat-ayat atau surah daripada al-Quran.

Waktu Melakukan Solat Terawih.
Sebagaimana hadis Rasulullah saw di atas: “Sesiapa berdiri (beribadat) pada malam Ramadhan…”. Berdasarkan hadis ini, tempoh menunaikan solat terawih ialah sesudah masuk waktu solat isyak sehingga sebelum masuk waktu solat subuh. Ini bererti sesiapa yang tidak dapat melakukannya pada awal malam boleh melakukannya pada pertengahan atau akhir malam.

Hukum Solat Terawih
Solat terawih hukumnya sunat mu’akad, iaitu amalan sunat yang amat dituntut. Rasulullah saw telah menganjurkannya dengan arahan yang tidak tegas, bererti hukumnya adalah sunat dan tidak wajib.



Sejarah Terawih:
Ummul Mukminin Aishah ra, meriwayatkan bahawa Rasulullah  saw melakukan solat terawih di masjid beberapa malam (ada yang mengatakan empat malam) dalam bulan Ramadan bersama-sama para sahabat. [HR Bukhari dan Muslim].
Pada malam kelima dan seterusnya hingga ke akhir bulan Ramadan, Baginda melakukan ibadat ini di rumah. Ini kerana Baginda saw bimbang para sahabat tersalah anggap dan menjadikannya sebagai solat fardu dan sudah tentu sukar bagi mereka untuk melakukannya.
Abi Zar t meriwayatkan Nabi saw bangun bersolat bersama-sama mereka pada malam 23 sehingga satu pertiga malam, dan pada malam ke 25 sehingga separuh malam. Para sahabat berkata kepada Baginda saw: “Kalaulah tuan terus sempurnakan saki baki malam kami dengan solat sunat”. Maka Nabi saw bersabda:
((إِنَّهُ مَنْ قَامَ مَعَ الإِمَامِ حَتَّى يَنْصَرِفَ، كُتِبَ لَهُ قِيَامُ لَيْلَةٍ)) [الترمذي، صحيح]
Maksudnya: Sesiapa yang berdiri (bersolat terawih) bersama imam sehingga dia (imam) beredar (selesai), dituliskan baginya ganjaran orang yang Qiyamsemalaman (seumpama bersolat sepanjang malam).” [HR At-Tirmizi, sahih].
Imam Ahmad mengamalkan hadis ini dan beliau bersolat bersama imam sehingga selesai dan beliau tidak akan beredar sehinggalah imam beredar.
Berkata sebahagian ulama’: “Sesiapa yang bangun solat separuh malam bersama imam seumpama dia telah bangun solat sepenuh malam.”
Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dari Jabir ra bahawa Nabi Muhammad saw melakukan solat terawih sebanyak lapan rakaat, setelah itu diikuti solat witir.
Khalifah Umar bin Al-Khatab ra  ialah orang pertama yang mengerah umat Islam menunaikan solat terawih secara berjamaah di bawah pimpinan Ubai bin Kaab ra.
Solat terawih dilakukan berjemaah pada setiap malam Ramadhan selepas solat isyak sebanyak 20 rakaat dan ditambah dengan tiga rakaat solat witir.

Cara Perlaksanaan Solat Terawih.
Solat Terawih boleh dilaksanakan secara berjamaah atau bersendirian. Berjamaah adalah lebih afdal merujuk kepada anjuran Rasulullah saw seperti hadis di atas.
Namun jika menghadapi kesempitan untuk melaksanakannya secara berjamaah, maka dibolehkan melaksanakannya secara bersendirian. Rasulullah saw sendiri pada zaman baginda adakala melaksanakannya secara berjamaah dan adakala secara bersendirian. Ini bagi memberi kelapangan bagi umat, seandainya mereka menghadapi kesempitan masa atau tenaga.
Menurut imam Al Ghazali rh walaupun solat terawih boleh dilaksanakan secara sendirian tanpa berjemaah, solat terawih yang dilakukan secara berjemaah lebih afdal, sama seperti pendapat Umar r.a. yang mengingatkan bahawa sebahagian solat nawafil telah disyariat dalam solat berjemaah.

Bilangan Rakaat Solat Terawih.
Solat terawih boleh dilaksanakan dalam jumlah lapan atau dua puluh rakaat, diiikuti dengan solat sunat witir. Kadangkala timbul persoalan berkenaan jumlah rakaat solat terawih yang sepatutnya dilaksanakan, lapan atau dua puluh rakaat?
Persoalan jumlah rakaat bagi solat terawih telah menjadi tumpuan para ilmuan Islam sejak dari dulu. Mereka telah mengkaji dalil-dalil yang ada serta membandingkan antara pelbagai pandangan yang wujud. Hasilnya membuahkan tiga pendapat. Pendapat pertama: Jumlah rakaat solat terawih ialah 8 rakaat diikuti dengan 3 rakaat solat witir. Pendapat kedua: Jumlahnya ialah 20 rakaat diikuti dengan 3 rakaat solat witir. Pendapat ketiga: Jumlahnya tidak ditentukan. Seseorang itu bebas melaksanakan solat terawih dengan jumlah rakaat yang dipilihnya, kemudian ditutupi dengan solat witir.
Ketiga-tiga pendapat di atas memiliki dalil dan hujah di sebaliknya dan kita boleh memilih mana-mana pendapat di atas. Yang penting, kita perlu menghormati orang lain seandainya mereka memilih pendapat yang berbeza dengan kita.
Ibnu Umar ra menceritakan: Seorang lelaki datang bertanya Rasulullah saw tentang solat malam. Sabda Nabi saw:
صَلاةُ اللَّيْلِ مَثْنَى مَثْنَى، فَإِذَا خَشِيَ أَحَدُكُمْ الصُّبْحَ صَلَّى رَكْعَةً وَاحِدَةً تُوتِرُ لَهُ مَا قَدْ صَلَّى.
Maksudnya: “Solat malam ialah dua rakaat, dua rakaat. Apabila kamu bimbang masuk waktu subuh maka solatlah satu rakaat, menjadikan bilangan witir (ganjil) bagi rakaat yang telah engkau solat” [HR: Bukhari].
Rasulullah saw tidak menyebut bilangan rakaat solat malam, malam pula panjang masanya, boleh dilakukan banyak solat, ini menunjukkan bahawa bilangan tidak dihadkan sekadar kepada 8 atau 20 rakaat.
Berkata Imam Asy-Syafie: “Aku telah melihat orang ramai mendirikan solat terawih di Madinah 39 rakaat, di Makkah 23 rakaat, ini bukanlah satu perkara yang sempit (terikat dengan bilangan).”
Katanya lagi: “Jika mereka panjangkan qiyam berdiri (dengan bacaan al-Quran), kurangkan rakaat adalah baik. Sekiranya mereka membanyakkan sujud (rakaat) dan meringankan berdiri (ringkaskan bacaan) juga adalah baik. Tetapi yang pertama adalah lebih aku sukai.”
Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan solat terawih sebanyak 20 rakaat tetapi ada juga yang hanya menunaikan sekadar lapan rakaat. Terpulang kepada masing-masing untuk menunaikan ibadat ini mengikut kemampuan dan keikhlasan diri sendiri terhadap Penciptanya. Yang pentingnya ialah selesaikan solat bersama imam, tidak hanya setakat separuh jalan.

Antara Kualiti dan Kuantiti.
Persoalan yang lebih penting dalam solat terawih ialah cara melaksanakannya. 8 atau 20 rakaat, yang penting ialah membaca surah al-Fatihah dan bacaan-bacaan solat yang lain dengan sempurna, betul dan khusyuk. Jangan disingkatkan, jangan dibaca senafas dan jangan dibaca dengan tujuan mengejar jumlah rakaat.
Demikian juga dengan toma’ninah dalam solat, jadi yang penting ialah kualiti dan bukan kuantiti. Maka pastikan ia dilaksanakan secara baik (kualiti) dan tidak sekadar mengejar rakaat yang banyak (kuantiti).

Antara aspek kualiti yang sering ditinggalkan ialah:
1. Meninggalkan bacaan al-Qur’an secara tartil, iaitu sebutan kalimah-kalimah al-Qur’an secara jelas berdasarkan disiplin tajwid yang betul. Allah s.w.t. memerintah kita: “Dan bacalah al-Qur’an dengan tartil.” [Surah al-Muzammil:4]
2. Meninggalkan bacaan doa iftitah sebelum al-Fatihah dan bacaan surah-surah selepas al-Fatihah. Ini satu kerugian kerana bacaan-bacaan itu memberi ganjaran pahala yang amat besar.
3. Mengabaikan toma’ninah, iaitu kekal di dalam sesuatu posisi solat seperti rukuk, iktidal, sujud dan duduk di antara dua sujud. Tempoh kekal di dalam sesuatu posisi ialah sehingga bacaan dalam posisi itu dapat dilengkapkan dengan betul dan sempurna jumlahnya.
Pernah seorang lelaki bersolat tanpa toma’ninah pada zaman Rasulullah saw. Melihat cara solat lelaki itu, Rasulullah saw memerintahkan beliau untuk mengulanginya [Sahih al-Bukhari, no: 757]. Tindakan Baginda itu menunjukkan toma’ninah ialah syarat sah solat. Sesiapa yang meninggalkannya bererti solatnya, sama ada solat terawih atau selainnya, adalah tidak sempurna.
4. Tidak mengambil berat tentang melurus dan memenuhkan saf solat. Masing-masing sibuk mengejar rakaat, sedangkan Rasulullah saw telah memberi peringatan agar menjaga saf dengan sempurna dalam sabdanya:
لَتُسَوُّنَّ صُفُوفَكُمْ أَوْ لَيُخَالِفَنَّ اللَّهُ بَيْنَ وُجُوهِكُم .
Maksudnya: “Luruskan saf-saf solat kamu atau Allah akan tukarkan wajah-wajah kamu (hati-hati kamu berpecah dan tidak bersatu).” [HR Bukhari].
Sabda Baginda saw lagi:
سَوُّوا صُفُوفَكُمْ فَإِنَّ تَسْوِيَةَ الصُّفُوفِ مِنْ إِقَامَةِ الصَّلاةِ
Maksudnya: “Luruskan saf-saf solat kamu, kerana saf yang lurus itu di antara tanda kesempurnaan solat.” [HR Bukhari].
Berdasarkan perbincangan  di atas, sama-samalah kita jadikan solat terawih pada tahun ini dan tahun-tahun akan datang dilaksanakan berdasarkan kualiti dan bukannya kuantiti.  
Semoga semua amalan baik kita diterima oleh Allah swt.
 Sekian.
ِِِAkhukum, Abu Anas Madani.
Pondok Sungai Durian, 4 Ramadhan 1430H.
 Rujukan:
-         التراويح أكثر من ألف عام في مسجد النبي عليه الصلاة والسلام. – الشيخ عطية محمد سالم.
-         حكم التراويح والزيادة فيها على إحدى عشرة ركعة. – دكتور عبد الرحيم الهاشم، دار ابن الجوزي، 1426هـ.
-         تيسير الفقه في ضوء القرآن والسنة (فقه الصيام) دكتور يوسف القرضاوي.
______________________________________________________________
Sekali lagi sy berikan link sumber sy ambil artikel ini jika ada salah dan silah harap beri teguran pada diriku yang masih belajar lagi mengenai hal hal agama ini:) 
ini adalah artikel dari Abu Anas Madani


penuhilah waktu malam mu di bulan yg barakah ini dengan amalan amalan sunat supaya masa yang ada tidak disiakan begitu sahaja semoga amalan kita diber ganjaran yang besar diakhirat kelak aminn yaa rabb:)


Saturday 21 July 2012

ramadhan datang lagi ^__^

assalamualaikum :) 


selamat menyambut Ramadhan bulan yang barakah

 yg mulia:)



"beribadat dan beramal lah seolah-olah ini
 adalah ramadhan yang terakhir buat kita kerna

belum tentu kita akan dipertemukan lagi dengan

 ramadhan akan datang" 

sentiasa berusaha untuk lebihkan amal lebihkan ibadah lebihkan berdoa semoga Allah swt terima ibadah dan amalan kita makbulkan doa dan beri kita keberkatan dan keredhaan hidup dunia akhirat amin:)


wasalam :)
may Allah swt always bless us amin:)

Wednesday 11 July 2012

Surah Dhuha dan terjemahannya:)

Assalamualaikum semua ^__^


Surah ad-Dhuha adalah penawar bagi mereka yang merasakan diri mereka disisih, ditinggalkan dan dibenci. Surah ini diturunkan sebagai menolak kata-kata musyrikin kepada Nabi Muhammad SAW bahawa Allah SWT telah membenci dan meninggalkan baginda SAW.

Allah SWT dengan bahasa lembut menyejukkan jiwa Nabi SAW, bahawa Dia tidak tinggal dan bencikan Nabi SAW. Bagi mereka yang merasakan diri disisihkan manusia, hakikatnya,Allah tidak biarkan mereka kesepian. Dia sentiasa bersama, lalu, Dia pujuk jiwa yang disisihkan itu dengan jaminan bahawa hari esok adalah cerah dan lebih baik dari hari ini.

Ad-Dhuha pengubat jiwa manusia yang resah dan memberikan kehidupan yang lebih baik jika diamalkan selalu.

Terjemahan:
[1] Demi waktu dhuha,
[2] Dan malam apabila ia sunyi-sepi -
[3] (Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).
[4] Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.
[5] Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda – berpuas hati.
[6] Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan?
[7] Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu – Al-Quran)?
[8] Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Ia memberikan kekayaan?
[9] Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya,
[10] Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik;
[11] Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.


ilmu disini:)

Assalamualaikum semua:)
jom sama sama baca...:)
----------------------------------------------------------------- 
Rasulullah saw bersabda; “Barang siapa tidak mahu memohon kepada Allah, niscaya Allah akan murka kepadanya.” – HR at-Tirmdzi dari Abu Hurairah r.a

-----------------------------------------------------------------

"Membuang masa lebih teruk dari kematian, kerana kematian memisahkan engkau dari dunia sedangkan membuang masa memisahkan engkau dari Allah." (Ibn Al-Qayyim)

----------------------------------------------------------------- 

"Aku akan duduk di sebuah tempat yang tidak kuberikan sedikit pun tempat untuk syaitan." (Umar bin Abdul Aziz)


----------------------------------------------------------------- 

Sabda Nabi saw yang bermaksud:Dari Ibnu Abbas Radiallahu-Anhuma dari Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Dua nikmat yang kebanyakan manusia terpedaya dngannya ialah waktu sihat dan masa lapang. (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).

----------------------------------------------------------------- 

"Berhati-hati dengan masa lapang. Sesungguhnya masa lapang itu musuh kamu yang paling ketat. Masa lapanglah yang mendorong pemuda terjerumus ke lembah kesesatan dan keruntuhan akhlak." (Dr Muhammad Badie)

----------------------------------------------------------------- 

"Bacalah al-Quran, atau tatapilah buku-buku, atau pergilah mendengar perkara-perkara yang baik ataupun amalkanlah zikrullah, dan janganlah sama sekali saudara membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tidak berfaedah." (As-Syahid Imam Hassan Al-Banna)

----------------------------------------------------------------- 


"Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita; oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak mengguna masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri maka ringkaskanlah pelaksanaannya." 

(As-Syahid Imam Hassan Al-Banna)

----------------------------------------------------------------- 
p/s: siapa ada hadis papa kalau nk berkongsi letak kat bahagian komen ea:) sama sama lah kita berkongsi ilmu dari Allah moga Allah swt berkati segala amalan kita amin:)

jom baca ni: http://nurufuktimur.blogspot.co.nz/2010/03/antara-nikmat-sihat-masa-lapang.html 

Wednesday 9 May 2012

jom berdoa sama - sama :)


assalamualaikum wbt jom sama - sama luangkan sedikit masa untuk berdoa semoga Allah swt sentiasa memberi keberkatan dalam setiap apa yang kita lakukan:)




Tuhanku, Yang Maha Pengasih, dan Maha Penyayang. Tuhan yang Maha Mengetahui akan sesuatu. Yang menciptakan alam, langit bumi serta lautan. Yang menciptakan kehidupan, tumbuhan dan sebaik-baik mahkluk. Yang Maha Memiliki segala-galanya. Yang Maha Berkuasa, sehingga hari perhitungan. Selawat dan salam kepada junjungan Rasul dan kepada keluarganya dan para sahabat sekalian.

Ya Allah yang Maha Penyayang. Berikanlah kami rezeki yang melimpah, berikanlah kami daya untuk berdiri dan berikanlah masa untuk terus bekerja, agar kami menjadi hamba-Mu yang sering mengingatimu, menjadi manusia yang sentiasa bersyukur atas kasih sayang-Mu.

Ya Allah yang Maha Mengetahui. Hilangkanlah duka kami, jauhkanlah kami daripada kemudaratan di atas dunia, dan berikanlah kesihatan kepada kami yang berpanjangan, agar kami mampu untuk berusaha menjadi hamba-Mu yang terbaik atas limpah rahmat yang Engkau berikan.

Ya Allah yang Maha Mengasihani. Kasihanilah ibu bapa kami, kasihanilah saudara-saudara kami, kasihanilah hamba-hamba-Mu yang telah pergi, berikanlah keampunan kepada kami, seluruh hamba-Mu yang telah Engkau matikan setelah Engkau hidupkan. Sesungguhnya tiada yang lebih besar buat kami melainkan mendapat keampunan dari-Mu ya Allah.

Tuhanku yang Maha Pengampun. Ampunilah dosa-dosa kami. Ampunilah dosa-dosa hamba-hamba-Mu yang terdahulu, ampunilah segala kejahatan yang pernah kami lakukan di dunia. Sesungguh-Nya kami tidak mampu untuk menaggung azab siksa-Mu atas dosa kami yang sebesar zarah sekalipun, kerana kami ciptaan-Mu yang tidak bermaya, yang sangat lemah untuk menghadapi walau sedikit siksaan api neraka.

Sesungguhnya ya Allah, kami tetap akan pulang kepada-Mu, berikanlah kami sedikit kekuatan, agar kami menjadi hamba-Mu yang sering mengingati-Mu, sepanjang masa dalam kehidupan kami, sehinggalah Engkau mencabut nyawa kami dan ketika itu tiadalah apa yang tinggal untuk kami, melainkan amalan kami serta sedekah daripada doa anak-anak yang soleh.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera kepada junjungan kami Nabi Muhammad, ahli keluarga dan sahabat-sahabat sekalian. Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Amin Amin Ya Rabbal Alamin.



cc: budakpensel :)

Tuesday 13 March 2012

zikir harian (selasa)

Assalamualaikum, jom sama - sama amalkan zikir harian untuk hari ini iaitu hari selasa di Malaysia hehe....


amalkan sebanyak mana yang boleh...lebih banyak lebih afdhal....amalkan sama sama jom:)

Kelebihan berselawat


 1. Mendapat syafaat Nabi Muhammad s.a.w.

Rujukan :
Sabda Nabi Muhammad s.a.w. : "Barangsiapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, dia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat. " Nasib kita di akhirat memang tidak pasti. Kalau dilihat pada diri kita umat akhir zaman yang banyak cacat cela dan kekurangan ini, rasa-rasanya kita adalah lebih layak untuk masuk neraka daripada masuk ke syurga. Oleh itu kita sangat memerlukan syafaat Nabi Muhammad untuk menolong kita di akhirat nanti.



Kelebihan selawat mengikut para ulama
 1) Memperolehi limpah rahmat dari Allah.
2) Ditulis sepuluh kebajikan.
3) Dihapuskan sepuluh kesalahan.
4) Diangkat sepuluh darjat.
5) Memperolehi kesempurnaan iman.
6) Menjauhi dari kerugian dan penyesalan.
7) Tergolong sebagai orang-orang yang soleh.
 8) Mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.
 9) Memperoleh syafaat Nabi s.a.w.
10) Memperolehi hubungan yang rapat dengan Nabi s.a.w.
11) Menghilangkan kesusahan dan melapangkan rezeki.
12) Melapangkan dada dan mententeramkan jiwa.
13) Menghapuskan dosa dan menutupkan aib.
14) Terselamat dari kebingungan di hari kiamat.
15) Menjadi sedekah bagi yang tidak mampu (orang miskin pun boleh dapat pahala sedekah)
16) Terhindar dari kefakiran.
17) Dipandang sebagai orang yang mencintai Nabi Muhammad s.a.w.
18) Memperolehi keberkatan dalam hidup.
19) Terhindar dari orang-orang bakhil.
20) Menjadikan sebab doa diterima oleh Allah s.w.t.
21) Memudahkan jalan bagi memasuki syurga.
22) Menjadi zakat dan pembersih diri.
23) Memperolehi selawat dari Allah dan para malaikat.
24) Memperolehi pujian seluruh makhluk di bumi dan langit.
25) Memenuhi hak Nabi sebagai suatu tugas ibadah.
26) Memperolehi petunjuk dan menghidupkan hati.
27) Tergolong dalam orang-orang yang tidak melupai Nabi Muhammad s.a.w.
28) Menghilangkan rasa dahaga dan panas matahari di Padang Mahsyar.
29) Dapat meneguhkan telapak kaki ketika meniti Titian Siratul Mustaqim di akhirat.
30) Terkabul segala hajat dan cita-cita.





Gelaran orang yang tidak berselawat
 i) Gelaran penghinaan. 


Rujukan : Sabda Nabi Muhammad s.a.w. : "Hinalah hidung orang yang ketika disebutkan namaku tidak membaca selawat kepadaku. " 


ii) Gelaran bakhil (kedekut) 


Rujukan : Sabda Nabi Muhammad s.a.w. : "Orang yang bakhil ialah yang disebut namaku kepadanya lalu ia tidak mahu berselawat kepadaku. "

untuk lebih maklumat sila baca dekat sumber dibawah ni:)

sumber : http://sean90wan.blogspot.com/2012/02/selawat-jom.html 


wasalam may Allah bless u all:)

Saturday 10 March 2012

AZAN - SEJARAH DAN ADAB MELAUNGKAN AZAN


Assalamualaikum...setelah lame menyepikan diri kini sy kembali untuk berkongsi ilmu dengan anda semua...artikel bawah ini untuk makluman saya hanya copy paste dari laman web ini >> http://alfatih.presint15.com/2010/08/azan-sejarah-adab-sebagai-muazzin/ atas sebab ilmu sy yang sangat kurang dalam bab azan ini oleh itu sy hanya ambil bulat2...maaf jika ada yang kurang senang dengan perbuatan sy ini...niat sy hanya ini menyampaikan ilmu..harap segala ilmu bawah ni dapat menambah lagi ilmu anda semua dan juga untuk diri sy sendiri...may Allah bless us always:)

SEJARAH AZAN
Azan mula diamalkan oleh orang-orang Islam pada tahun pertama Hijrah. Dalam hadis yang diriwayatkan Bukhari dan Muslim daripada Ibnu `Umar R. A:
“Pada mulanya ketika orang-orang Islam berhijrah ke Madinah, mereka berkumpul dan menunggu untuk mengerjakan sembahyang. Ketika itu tidak ada orang yang menyeru (melaungkan azan) untuk menunaikannya. Pada suatu hari Nabi s.a.w. telah mengumpulkan para sahabat untuk bermesyuarat tentang cara untuk memberitahu masuknya waktu solat serta mengajak orang ramai agar ke masjid melakukan solat jemaah.
Dalam mesyuarat itu, terdapat beberapa cadangan. Ada yang mencadangkan supaya dikibarkan bendera sebagai tanda waktu solat, Ada yang mencadangkan ditiup serunai ataupun trompet; dan ada yang mencadangkan supaya dibunyikan loceng. Semua usul yang diajukan telah ditolak oleh Rasulullah S.A.W.(kerana meniup serunai atau trompet dan memukul loceng adalah cara pemanggilan sembahyang bagi masyarakat Yahudi dan Nasrani(Kristian). Umar bin al-Khattab mencadangkan diteriakkan ucapan: “Telah datang waktu solat”. Usul ini telah diterima oleh Rasulullah S.A.W. tetapi Baginda menukar lafaz itu dengan lafaz “assolatu jami`ah” yang bererti “marilah solat berjemaah”.
Pada suatu malam Abdullah bin Zaid telah bermimpi mengenai cara yang lebih baik untuk memberitahu solat dengan mengumandangkanlah Allahu Akbar… (dan seterusnya lafaz-lafaz azan)”. Pada pagi harinya, Abdullah bin Zaid menemui Rasulullah S.A.W. dan baginda bersabda: “Mimpimu itu mimpi yang benar”. Nabi s.a.w. memerintahkan Bilal bin Rabah mengumandangkan azan tersebut. Ketika Bilal hendak menyerukan azan, Umar datang kepada Rasulullah S.A.W. dan menceritakan bahawa beliau juga bermimpi seperti Abdullah bin Zaid.
Al-Bazzar meriwayatkan bahawa: “Rasulullah S.A.W. pada malam Israk telah diperlihatkan dengan azan dan diperdengarkan kepadanya di atas langit yang ketujuh. Kemudian Jibril mendatanginya, lalu dia menjadi imam kepada ahli langit. Antara mereka ialah Nabi Adam a.s. dan Nabi Nuh a.s., Allah s.w.t. menyempurnakan kemuliaan baginya ke atas penduduk langit dan bumi”.
Antara dalil-dalil lain:
Dari Anas Bin Malik: Bila jumlah orang Islam bertambah, mereka berbincang cara bagaimana hendak mengetahui waktu solat dengan cara yang mudah. Setengah mengesyorkan supaya dinyalakan api dan ada yang mengesyorkan untuk dibunyikan loceng. Bilal diarahkan untuk malaungkan lafaz azan dua kali dan iqama’ sekali sahaja. – Sahih Bukhari : Jilid 1, Buku 11, No 580
ScreenShot024 Azan – Sejarah & Adab Sebagai Muazzin
ADAB DAN TATATERTIB SEORANG MUAZZIN
Orang yang melaungkan azan hendaklah seorang lelaki Muslim yang berakal. Azan mestilah dilakukan oleh seorang sahaja untuk semua kariah, dan tidak boleh dibuat berulang kali untuk kariah yang sama. Azan hendaklah dilafazkan dalam Bahasa Arab.
Untuk Solat Jumaat, azan berkumandang sebanyak dua kali, kali pertama untuk menandakan masuk waktu Zuhur untuk memanggil orang-orang Muslim ke masjid dan kali kedua dikumandangkan sejurus sebelum Imam memulakan Khutbah Jumaat. Iqamat dilafazkan selepas imam selesai membaca khutbah, dan sebelum imam mengangkat Takbir Jumaat.
Seorang muazzin dianjurkan untuk memperhatikan etika atau adab-adab di bawah ini :
1. Dianjurkan sebelum mengumandangkan adzan ia berwudhu ( bersuci ) lebih dahulu.
2. Dianjurkan untuk mengumandangkan adzan dengan perlahan-perlahan dan jelas.
3. Dianjurkan untuk mengumandangkan adzan dari tempat yang tinggi jika tidak ada alat pengeras suara. Ini dimaksudkan agar suara adzan menyebar lebih luas. Sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Bilal, iaitu mengumandangkan adzan dari atas rumah seorang wanita dari Bani Najjar, yang rumahnya kebetulan paling tinggi di sekitar masjid. ( Hadist Hasan Riwayat Abu Daud )
4. Meletakkan kedua jarinya di kedua telinganya. Sebagaimana di dalam hadist Abu Juhaifah Radhiyallahu ‘Anhu bahawasanya ia berkata :
رايت بلالا يؤذن واتتبع فاه ها هنا وها هنا واصبعاه في اذنيه
“Aku pernah melihat Bilal mengumandangkan adzan, dan aku mencermati (gerakan) mulutnya kesini dan kesini. Sementara kedua jarinya berada dikedua telinganya. (Hadith Riwayat Ahmad, Tirmidzi dan Ibnu Majah )
5. Hendaknya muazzin mempunyai suara yang baik dan lantang. Sebagaimana di dalam hadist Abdullah bin Zaid radhiyallahu ‘anhu bahwasanya Rasulullah Sholahu ‘Alaihi Wa as- salam bersabda :
فقم مع بلال فألق عليه مارأيت فاليؤذّن به فإنه أندي صوتا منك
Bangkitlah bersama Bilal lalu sampai kepadanya apa yang engkau lihat, kemudian hendaklah dia mengumandangkannya, karena suaranya (Bilal) itu lebih lantang darimu.”(Hadith Riwayat Abu Dawud dan Ibnu Majah)
Sebagai tambahan, Sunat ketika azan dan iqamah – tanpa menggerakkan dada dan kaki – memalingkan muka ke sebelah kanan apabila menyerukan jawi1 Azan – Sejarah & Adab Sebagai Muazzin , lalu kembali semula memalingkan muka ke arah qiblat. Kemudian Sunat memalingkan muka ke sebelah kiri apabila menyerukan dua kali kalimah jawi2 Azan – Sejarah & Adab Sebagai Muazzin lalu kembali semula memalingkan muka ke arah qiblat.
Sebagaimana hadis daripada Abu Juhaifah Radhiallahu ‘anhu katanya:
Maksudnya: “Aku pernah datang mengadap Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam di Mekkah sewaktu Baginda berada di dalam sebuah qubbah (khemah) merah diperbuat daripada kulit. Lalu Bilal keluar dan menyerukan azan, sedang aku memerhati mulut Bilal yang menghala ke sana dan ke sana (ke kanan dan ke kiri).
(Abu Juhaifah) berkata: “Kemudian Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam keluar dengan pakaian merah corak Yaman buatan Qatar.”Musa berkata: “Berkata (Abu Juhaifah): “Aku telah melihat Bilal keluar ke Abthah lalu menyerukan azan, sesudah sampai kepada: ( dan dia memalingkan lehernya ke kanan dan ke kiri tanpa berpusing. Kemudian Bilal masuk (ke kediamannya) lalu dia mengeluarkan tongkat.”
(Hadis riwayat Abu Daud)
ANTARA PERKARA-PERKARA YANG DILARANG
Haram talhin (berlagu-lagu) ketika azan dan iqamah jika lagu-lagu itu mengubah makna kalimah-kalimahnya atau menimbulkan kewahaman yang ditegah. Seperti contoh-contoh berikut:
1. Memanjangkan huruf “hamzah” pada kalimah asyhadu jawi5 Azan – Sejarah & Adab Sebagai Muazzin maka menjadilah hamzah itu sebagai istifham (tanda tanya).
2. Memanjangkan huruf “ba” pada kalimah akbar jawi6 Azan – Sejarah & Adab Sebagai Muazzin maka menjadilah ia sebagai jama‘ kepada kabar yang bererti gendang yang satu muka.
3. Mengwakafkan pada kalimah la ilaha jawi7 Azan – Sejarah & Adab Sebagai Muazzin yang bererti “tiada Tuhan” dan memulakan bacaan pada kalimah illallah (إلا الله) yang bererti “melainkan Allah” maka perkara ini boleh membawa kepada kufur.
4. Memanjangkan huruf “alif” pada kalimah Allah jawi9 Azan – Sejarah & Adab Sebagai Muazzin kerana melebihi pada huruf mad dan lin daripada kadar yang dibaca oleh orang Arab maka itu adalah salah.
5. Menukar huruf “alif” kepada huruf “ha” pada kalimah Allah jawi10.pg Azan – Sejarah & Adab Sebagai Muazzin
6. Memanjangkan huruf “hamzah” pada kalimah akbar jawi11.pg Azan – Sejarah & Adab Sebagai Muazzin
7. Tidak menyebut huruf “ha” pada kalimah as-shalah jawi12 Azan – Sejarah & Adab Sebagai Muazzin maka menjadilah maksudnya seruan menuju ke neraka. – (Hawasyi Tuhfah al-Muhtaj: 1/473)
Alhamdulillah, ini sahaja yang dapat saya berkongsi buat kali ini. Sekiranya ada kecacatan dan juga pembetulan, diharap dapat diperbetulkan dengan komen-komen anda di bawah. InsyaAllah akan saya updatekan dari semasa ke semasa.
Diharap semua mendapat manfaat daripada artikel kali ini. Marilah kita bersama-sama cuba untuk menjalankan tanggungjawag sebagai muazzin di dalam kariah kita kerana banyak kelebihannya menjadi muazzin ini seperti yang disebut oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda dalam sebuah hadith:-
Maksudnya:
Dari Ibnu Amru bin Al-‘As Radiallahu-Anhu, bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Tukang azan yang melaungkan azan secara sukarela adalah seperti seorang syahid yang berlumuran darah, jika dia meninggal dunia, matinya tidak berulat di dalam kubur. (Riwayat Al-Imam At-Thabrani)

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam lagi:-
Maksudnya:
Barangsiapa azan tujuh tahun dengan ikhlas kerana Allah Subhanahu Wataala, nescaya wajib baginya lepas dari api neraka. (Riwayat Al-Imam At-Tarmizi)
Wallahu’Alam. Semoga Allah memberkati atas usaha kita semua.

wassalam...