Assalamualaikum, jom sama - sama amalkan zikir harian untuk hari ini iaitu hari selasa di Malaysia hehe....
amalkan sebanyak mana yang boleh...lebih banyak lebih afdhal....amalkan sama sama jom:)
Kelebihan berselawat
1. Mendapat syafaat Nabi Muhammad s.a.w.
Rujukan :
Sabda
Nabi Muhammad s.a.w. :
"Barangsiapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan
pada waktu petang sepuluh kali, dia akan memperolehi syafaatku pada hari
kiamat. "
Nasib kita di akhirat memang tidak pasti. Kalau dilihat pada diri kita
umat akhir zaman yang banyak cacat cela dan kekurangan ini, rasa-rasanya
kita adalah lebih layak untuk masuk neraka daripada masuk ke syurga.
Oleh itu kita sangat memerlukan syafaat Nabi Muhammad untuk menolong
kita di akhirat nanti.
Kelebihan selawat mengikut para ulama
1) Memperolehi limpah rahmat dari Allah.
2) Ditulis sepuluh kebajikan.
3) Dihapuskan sepuluh kesalahan.
4) Diangkat sepuluh darjat.
5) Memperolehi kesempurnaan iman.
6) Menjauhi dari kerugian dan penyesalan.
7) Tergolong sebagai orang-orang yang soleh.
8) Mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.
9) Memperoleh syafaat Nabi s.a.w.
10) Memperolehi hubungan yang rapat dengan Nabi s.a.w.
11) Menghilangkan kesusahan dan melapangkan rezeki.
12) Melapangkan dada dan mententeramkan jiwa.
13) Menghapuskan dosa dan menutupkan aib.
14) Terselamat dari kebingungan di hari kiamat.
15) Menjadi sedekah bagi yang tidak mampu (orang miskin pun boleh dapat pahala sedekah)
16) Terhindar dari kefakiran.
17) Dipandang sebagai orang yang mencintai Nabi Muhammad s.a.w.
18) Memperolehi keberkatan dalam hidup.
19) Terhindar dari orang-orang bakhil.
20) Menjadikan sebab doa diterima oleh Allah s.w.t.
21) Memudahkan jalan bagi memasuki syurga.
22) Menjadi zakat dan pembersih diri.
23) Memperolehi selawat dari Allah dan para malaikat.
24) Memperolehi pujian seluruh makhluk di bumi dan langit.
25) Memenuhi hak Nabi sebagai suatu tugas ibadah.
26) Memperolehi petunjuk dan menghidupkan hati.
27) Tergolong dalam orang-orang yang tidak melupai Nabi Muhammad s.a.w.
28) Menghilangkan rasa dahaga dan panas matahari di Padang Mahsyar.
29) Dapat meneguhkan telapak kaki ketika meniti Titian Siratul Mustaqim di akhirat.
30) Terkabul segala hajat dan cita-cita.
Gelaran orang yang tidak berselawat
i) Gelaran penghinaan.
Rujukan :
Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :
"Hinalah hidung orang yang ketika disebutkan namaku tidak membaca selawat kepadaku. "
ii) Gelaran bakhil (kedekut)
Rujukan :
Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :
"Orang yang bakhil ialah yang disebut namaku kepadanya lalu ia tidak mahu berselawat kepadaku. "
untuk lebih maklumat sila baca dekat sumber dibawah ni:)
sumber : http://sean90wan.blogspot.com/2012/02/selawat-jom.html
wasalam may Allah bless u all:)
Shakleemate Sihat Semanis Apple Merah :)
Tuesday, 13 March 2012
Saturday, 10 March 2012
AZAN - SEJARAH DAN ADAB MELAUNGKAN AZAN
Assalamualaikum...setelah lame menyepikan diri kini sy kembali untuk berkongsi ilmu dengan anda semua...artikel bawah ini untuk makluman saya hanya copy paste dari laman web ini >> http://alfatih.presint15.com/2010/08/azan-sejarah-adab-sebagai-muazzin/ atas sebab ilmu sy yang sangat kurang dalam bab azan ini oleh itu sy hanya ambil bulat2...maaf jika ada yang kurang senang dengan perbuatan sy ini...niat sy hanya ini menyampaikan ilmu..harap segala ilmu bawah ni dapat menambah lagi ilmu anda semua dan juga untuk diri sy sendiri...may Allah bless us always:)
SEJARAH AZAN
Azan mula diamalkan oleh orang-orang Islam pada tahun pertama Hijrah. Dalam hadis yang diriwayatkan Bukhari dan Muslim daripada Ibnu `Umar R. A:
“Pada mulanya ketika orang-orang Islam berhijrah ke Madinah, mereka berkumpul dan menunggu untuk mengerjakan sembahyang. Ketika itu tidak ada orang yang menyeru (melaungkan azan) untuk menunaikannya. Pada suatu hari Nabi s.a.w. telah mengumpulkan para sahabat untuk bermesyuarat tentang cara untuk memberitahu masuknya waktu solat serta mengajak orang ramai agar ke masjid melakukan solat jemaah.
Dalam mesyuarat itu, terdapat beberapa cadangan. Ada yang mencadangkan supaya dikibarkan bendera sebagai tanda waktu solat, Ada yang mencadangkan ditiup serunai ataupun trompet; dan ada yang mencadangkan supaya dibunyikan loceng. Semua usul yang diajukan telah ditolak oleh Rasulullah S.A.W.(kerana meniup serunai atau trompet dan memukul loceng adalah cara pemanggilan sembahyang bagi masyarakat Yahudi dan Nasrani(Kristian). Umar bin al-Khattab mencadangkan diteriakkan ucapan: “Telah datang waktu solat”. Usul ini telah diterima oleh Rasulullah S.A.W. tetapi Baginda menukar lafaz itu dengan lafaz “assolatu jami`ah” yang bererti “marilah solat berjemaah”.
Pada suatu malam Abdullah bin Zaid telah bermimpi mengenai cara yang lebih baik untuk memberitahu solat dengan mengumandangkanlah Allahu Akbar… (dan seterusnya lafaz-lafaz azan)”. Pada pagi harinya, Abdullah bin Zaid menemui Rasulullah S.A.W. dan baginda bersabda: “Mimpimu itu mimpi yang benar”. Nabi s.a.w. memerintahkan Bilal bin Rabah mengumandangkan azan tersebut. Ketika Bilal hendak menyerukan azan, Umar datang kepada Rasulullah S.A.W. dan menceritakan bahawa beliau juga bermimpi seperti Abdullah bin Zaid.
Al-Bazzar meriwayatkan bahawa: “Rasulullah S.A.W. pada malam Israk telah diperlihatkan dengan azan dan diperdengarkan kepadanya di atas langit yang ketujuh. Kemudian Jibril mendatanginya, lalu dia menjadi imam kepada ahli langit. Antara mereka ialah Nabi Adam a.s. dan Nabi Nuh a.s., Allah s.w.t. menyempurnakan kemuliaan baginya ke atas penduduk langit dan bumi”.
Antara dalil-dalil lain:
Dari Anas Bin Malik: Bila jumlah orang Islam bertambah, mereka berbincang cara bagaimana hendak mengetahui waktu solat dengan cara yang mudah. Setengah mengesyorkan supaya dinyalakan api dan ada yang mengesyorkan untuk dibunyikan loceng. Bilal diarahkan untuk malaungkan lafaz azan dua kali dan iqama’ sekali sahaja. – Sahih Bukhari : Jilid 1, Buku 11, No 580
ADAB DAN TATATERTIB SEORANG MUAZZIN
Orang yang melaungkan azan hendaklah seorang lelaki Muslim yang berakal. Azan mestilah dilakukan oleh seorang sahaja untuk semua kariah, dan tidak boleh dibuat berulang kali untuk kariah yang sama. Azan hendaklah dilafazkan dalam Bahasa Arab.
Untuk Solat Jumaat, azan berkumandang sebanyak dua kali, kali pertama untuk menandakan masuk waktu Zuhur untuk memanggil orang-orang Muslim ke masjid dan kali kedua dikumandangkan sejurus sebelum Imam memulakan Khutbah Jumaat. Iqamat dilafazkan selepas imam selesai membaca khutbah, dan sebelum imam mengangkat Takbir Jumaat.
Seorang muazzin dianjurkan untuk memperhatikan etika atau adab-adab di bawah ini :
1. Dianjurkan sebelum mengumandangkan adzan ia berwudhu ( bersuci ) lebih dahulu.
2. Dianjurkan untuk mengumandangkan adzan dengan perlahan-perlahan dan jelas.
3. Dianjurkan untuk mengumandangkan adzan dari tempat yang tinggi jika tidak ada alat pengeras suara. Ini dimaksudkan agar suara adzan menyebar lebih luas. Sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Bilal, iaitu mengumandangkan adzan dari atas rumah seorang wanita dari Bani Najjar, yang rumahnya kebetulan paling tinggi di sekitar masjid. ( Hadist Hasan Riwayat Abu Daud )
4. Meletakkan kedua jarinya di kedua telinganya. Sebagaimana di dalam hadist Abu Juhaifah Radhiyallahu ‘Anhu bahawasanya ia berkata :
رايت بلالا يؤذن واتتبع فاه ها هنا وها هنا واصبعاه في اذنيه
“Aku pernah melihat Bilal mengumandangkan adzan, dan aku mencermati (gerakan) mulutnya kesini dan kesini. Sementara kedua jarinya berada dikedua telinganya. (Hadith Riwayat Ahmad, Tirmidzi dan Ibnu Majah )
5. Hendaknya muazzin mempunyai suara yang baik dan lantang. Sebagaimana di dalam hadist Abdullah bin Zaid radhiyallahu ‘anhu bahwasanya Rasulullah Sholahu ‘Alaihi Wa as- salam bersabda :
فقم مع بلال فألق عليه مارأيت فاليؤذّن به فإنه أندي صوتا منك
Bangkitlah bersama Bilal lalu sampai kepadanya apa yang engkau lihat, kemudian hendaklah dia mengumandangkannya, karena suaranya (Bilal) itu lebih lantang darimu.”(Hadith Riwayat Abu Dawud dan Ibnu Majah)
Sebagai tambahan, Sunat ketika azan dan iqamah – tanpa menggerakkan dada dan kaki – memalingkan muka ke sebelah kanan apabila menyerukan
, lalu kembali semula memalingkan muka ke arah qiblat. Kemudian Sunat memalingkan muka ke sebelah kiri apabila menyerukan dua kali kalimah
lalu kembali semula memalingkan muka ke arah qiblat.
Sebagaimana hadis daripada Abu Juhaifah Radhiallahu ‘anhu katanya:
Maksudnya: “Aku pernah datang mengadap Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam di Mekkah sewaktu Baginda berada di dalam sebuah qubbah (khemah) merah diperbuat daripada kulit. Lalu Bilal keluar dan menyerukan azan, sedang aku memerhati mulut Bilal yang menghala ke sana dan ke sana (ke kanan dan ke kiri).(Abu Juhaifah) berkata: “Kemudian Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam keluar dengan pakaian merah corak Yaman buatan Qatar.”Musa berkata: “Berkata (Abu Juhaifah): “Aku telah melihat Bilal keluar ke Abthah lalu menyerukan azan, sesudah sampai kepada: ( dan dia memalingkan lehernya ke kanan dan ke kiri tanpa berpusing. Kemudian Bilal masuk (ke kediamannya) lalu dia mengeluarkan tongkat.”
(Hadis riwayat Abu Daud)
ANTARA PERKARA-PERKARA YANG DILARANG
Haram talhin (berlagu-lagu) ketika azan dan iqamah jika lagu-lagu itu mengubah makna kalimah-kalimahnya atau menimbulkan kewahaman yang ditegah. Seperti contoh-contoh berikut:
1. Memanjangkan huruf “hamzah” pada kalimah asyhadu
maka menjadilah hamzah itu sebagai istifham (tanda tanya).
2. Memanjangkan huruf “ba” pada kalimah akbar
maka menjadilah ia sebagai jama‘ kepada kabar yang bererti gendang yang satu muka.
3. Mengwakafkan pada kalimah la ilaha
yang bererti “tiada Tuhan” dan memulakan bacaan pada kalimah illallah (إلا الله) yang bererti “melainkan Allah” maka perkara ini boleh membawa kepada kufur.
4. Memanjangkan huruf “alif” pada kalimah Allah
kerana melebihi pada huruf mad dan lin daripada kadar yang dibaca oleh orang Arab maka itu adalah salah.
5. Menukar huruf “alif” kepada huruf “ha” pada kalimah Allah 
6. Memanjangkan huruf “hamzah” pada kalimah akbar 
7. Tidak menyebut huruf “ha” pada kalimah as-shalah
maka menjadilah maksudnya seruan menuju ke neraka. – (Hawasyi Tuhfah al-Muhtaj: 1/473)
Alhamdulillah, ini sahaja yang dapat saya berkongsi buat kali ini. Sekiranya ada kecacatan dan juga pembetulan, diharap dapat diperbetulkan dengan komen-komen anda di bawah. InsyaAllah akan saya updatekan dari semasa ke semasa.
Diharap semua mendapat manfaat daripada artikel kali ini. Marilah kita bersama-sama cuba untuk menjalankan tanggungjawag sebagai muazzin di dalam kariah kita kerana banyak kelebihannya menjadi muazzin ini seperti yang disebut oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda dalam sebuah hadith:-
Maksudnya:
Dari Ibnu Amru bin Al-‘As Radiallahu-Anhu, bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Tukang azan yang melaungkan azan secara sukarela adalah seperti seorang syahid yang berlumuran darah, jika dia meninggal dunia, matinya tidak berulat di dalam kubur. (Riwayat Al-Imam At-Thabrani)
Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam lagi:-
Maksudnya:
Barangsiapa azan tujuh tahun dengan ikhlas kerana Allah Subhanahu Wataala, nescaya wajib baginya lepas dari api neraka. (Riwayat Al-Imam At-Tarmizi)
Barangsiapa azan tujuh tahun dengan ikhlas kerana Allah Subhanahu Wataala, nescaya wajib baginya lepas dari api neraka. (Riwayat Al-Imam At-Tarmizi)
Wallahu’Alam. Semoga Allah memberkati atas usaha kita semua.
wassalam...
Saturday, 28 January 2012
kenapa doa tidak dimakbulkan?
Assalamualaikum semua....
Salah seorang pakar penyakit hati pernah ditanya, “Mengapa do’a kami tidak dikabulkan?” Dia menjawab, “Karena hati kalian telah mati.” “Apa yang membuatnya mati?” tanya mereka. Dia menjawab, “Ada sepuluh hal, yaitu:
(1) Kalian mengenal Allah tapi tidak menunaikan hak-Nya;
(2) Kalian membaca kitab-Nya, namun tidak mengamalkan;
(3) Kalian mengaku cinta rasul shallAllahu ‘alaihi wa sallam, namun meninggalkan tuntunannya;
(4) Kalian mengaku sebagai musuh syaithan, namun tindakan kalian selaras dengannya;
(5) Kalian mengatakan cinta surga, tapi tidak beramal untuk mengejarnya;
(6) Kalian berkata takut neraka, namun jiwa kalian digadaikan untuknya;
(7) Kalian mengatakan kematian sesuatu yang niscaya, tapi kalian tidak mempersiapkan diri untuknya;
(8) Kalian sibuk mengurus aib saudara kalian, tapi mengabaikan aib diri sendiri;
(9) Kalian memakan nikmat dari Allah tapi tidak menunaikan haknya; dan
(10) Kalian mengubur jenazah saudara kalian, tapi tidak mampu mengambil ibrah dari hal itu.
[Syaikh Muhammad Shalih Al Munajjid]
oleh itu janganlah salahkan Allah swt tidak sayang kita sbb tidak memakbulkan doa kita malah cuba kite muhasabah diri perbaiki diri supaya dengan muhasabah dri kita dapatmempertingkatkan iman didada dan menjadi muslim yg sejati bukan hanya berstatuskan Islam di kad pengenalan malah kita mengamalkan segala tuntutanNya dan memahami dan mendalami betul betul akan apa sebenarnya Islam...wallahualam:)
semoga Allah swt memberati hidup kita semua dan membuka pintu hati kita untuk menjadi umat yang sentiasa dipelihara oleh Nya insyaAllah:)
Wednesday, 11 January 2012
new year mega giveaway 2012 belog nemomimosh!!!
assalamualaikum semua..
kali ni bukan nak share ilmu...setelah ditag oleh cik fatin sy try join contest ni click on the banner below to know more about the contest:)
jom la join...*berbelit lidah nak sebut "nemomimosh" hahaha comel je name...ok seyes...fyi im dun have much luck kalau join contest2 camni tapi kali ni yang buat nak sgt try sbb the hadiahnyeee....ngee;D im a bag lover! suke window shopping bag2 online tp xmampu beli hee so nak try ni klu ade rezeki ade la kan....lets see antara bag yang akan diberi kepada 10orang yang bertuah...
kali ni bukan nak share ilmu...setelah ditag oleh cik fatin sy try join contest ni click on the banner below to know more about the contest:)
jom la join...*berbelit lidah nak sebut "nemomimosh" hahaha comel je name...ok seyes...fyi im dun have much luck kalau join contest2 camni tapi kali ni yang buat nak sgt try sbb the hadiahnyeee....ngee;D im a bag lover! suke window shopping bag2 online tp xmampu beli hee so nak try ni klu ade rezeki ade la kan....lets see antara bag yang akan diberi kepada 10orang yang bertuah...
see sangat the gorgeous ok!;D
im gonna tag this 3 sweet person
so hopefully ade la rezeki sy dan kawan2 yang ditag kat giveaway ni:)
kalau xde rezeki xpe maybe yang menang tu lebih memerlukan rite?:)
korang kalau xnak join xpe n kalau nk usha beg cantik2 tgk kat ZEERA BOUTIQUE ni...sy pown kalau xde rezeki dalam GA ni maybe akan pertimbangkan untuk beli satu kalau ade rezeki lebih nanti sebab mostly beg dy sangat cantik bukan merasuah atau bodek seyesly xletak harapan pape yg puji lebih sbb im a bag lover thats y la ngee;D
btw nk share gak sumtink
Jangan sedih bila Allah tak bagi apa yang kita minta. Kadang2 Allah tak bagi sebab Allah tahu kita tak layak dengan apa yang kita minta. Tapi bukan Allah tak bagi terus. Allah ganti dengan yang sesuai. Kadang2 Allah tak bagi sebab Allah teringin (rindu) nak dengar kita duk merayu kat DIA. Kadang2 Allah tak bagi sebab Allah takut kita lupa diri. Tapi teruslah meminta sebab kita HAMBA-NYA.
~Nasihat dari Tuan Guru Haji Tayyib~
~Nasihat dari Tuan Guru Haji Tayyib~
wasalam
may Allah bless anda semua amin:)
Tuesday, 10 January 2012
maaf tergendala:(
assalamualaikum semua...
maaf kerana sudah lame tidak berkongsi ilmu disini...tergendala blog ini sebentar kerana baru baru ni sy diberi ujian yang mana laptop rosak dan perlu diformat...so sebab da banyak kali tangguh nk hantar ke kedai so tu yang lambat dapat siap..oleh sebab terpaksa online pakai laptop orang laen xsedap la klu nk duk lama online cari bahan semua kan sebab laptop orang bukan harta kita sendiri so saya mungkin akan kembali berkingsi ilmu yang ada as soon as possible...walaupun agak sedih sebab saya bile baca artikel atau blog yang sy suka sy akan follow and make it as bookmark da byk sgt rase saya bookmark aritu ni kalau format for sure hilang semua bookmark tu...tp sy tahu mungkin ada hikmahnya redha je dengan apa yang terjadi. Sy akan berusaha lebih lagi membaca mengenai ilmu agama Islam dan berkongsi dengan anda semua nanti semoga hidup anda semua semtiasa diberkati dan sentiasa sihat hendaknya..salam ukhwah dari saya arissa rania:)
Friday, 6 January 2012
jom kutip pahala:)
assalamualaikum semua...
jom sama sama ikot saya ye....
alhamdulillah:)
yang ni pula adalah zikir untuk hari sabtu baca ikut kemampuan tetapi lebih afdal jika baca 1000kali:)
:)
alhamdulillah sekali lagi terima kasih banyak kerana sudi luang masa ikot berzikir bersama saya moga Allah swt bukakan lagi hati kita untuk tetap teguh dengan perintahNya semoga istiqamah dan saya doakan anda semua diberkati Allah swt hendaknya:)
senyum sekali nk tengok manis tak muke??;p
ha kan manis macam tu.. ingat x post lepas >> senyum dulu baru bukak;p
keep on smiling=)
jemput share untuk memanjangkan pahala:)
wallahualam
wasalam=)
senyum itu sedekah:)
ngee;D
ada satu hadis mengatakan bahawa senyum itu ibadah...dan setiap ibadah ada pahalanya kan:) see this...
"Tersenyum ketika bertemu saudaramu dalah ibadah"
- hadis riwayat Tirmizi, Ibnu Hibban dan Baihaqi
Rasulullah SAW bersabda;
"senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah"
- (HR Tirmizi dan Abu Dzar)
Kita tidak perlukan wang ringgit untuk bersedekah Allah itu maha penyayang hanya dengan senyum dengan hati yang ikhlas juga kite diberi pahala...bukan susah untuk senyum tidak perlukan kerja keras pun.
senyum juga boleh berjangkit jika kite senyum pada seseorang secara tidak langsung dia akan senyum juga dan itu bermakna kita dah buat dia senyum dia dapat pahala kita juga dapat means senyum bukan saja dapat menceriakan orang lain tetapi juga kita memanjangkan sedekah:) bukankah itu lebih baikj dari bermasam muka. Kita tidak perlu kenal seseorang itu untuk senyum untuk umat Islam kita semua adalah saudara sesama Islam jadi tidak salah untuk kita saling senyum pada saudara yang lain. senyum juga dapat selesaikan masalah atau paling tidak pun dapat kurangkan sedikit beban kite dalam menghadapi masalah. jadi.....
SENYUMLAHHHHHHH =) =) =)
tengok bunga pown senyum ngee;D
senyum kambing ke senyum kucing ke xkisah asal ikhlas dalam senyum insyaAllah dapat pahale:)
kan comey senyum camtu hehehehe;D
salam senyum yang ceria dari saya :D
may Allah swt bless kamu semua:) amin....
wasalam.
Subscribe to:
Posts (Atom)














