Shakleemate Sihat Semanis Apple Merah :)

Shakleemate Sihat Semanis Apple Merah :)

Kempen Jom Berhenti Merokok Bersama VIVIX SHAKLEE

Kempen Jom Berhenti Merokok Bersama VIVIX SHAKLEE
Click Gambar untuk Order :)
Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari rundungan sedih dan duka. Aku berlindung kepadaMu dari sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepadaMu dari sifat pengecut dan kedekut. Aku berlindung kepadaMu dari beban hutang dan penindasan orang.
Showing posts with label kata hikmah. Show all posts
Showing posts with label kata hikmah. Show all posts

Friday, 31 May 2013

Wasiat Seorang Ibu

WASIAT SEORANG IBU:

أَيْ بُنَيَّةِ، إِنَّكِ فَارَقْتِ بَيْتَكِ الَّذِي مِنْهُ خَرَجْتِ، وَعَشِّكِ الَّذِي فِيْهِ دَرَجْتِ، إِلَى رَجُلٍ لَمْ تَعْرِفِيْهِ، وَقَرِيْنٍ لَمْ تَأْلَفِيْهِ، فَكُوْنِي لَهُ أَمَةً يَكُنْ لَكِ عَبْدًا، وَاحْفَظِي لَهُ خِصَالاً عَشْراً يَكُنْ لَكِ ذُخْرَا

"Wahai puteriku, sesungguhnya engkau telah meninggalkan rumahmu (yang di situlah engkau dilahirkan dan sarangmu tempat engkau tumbuh) kepada seorang lelaki asing yang engkau tidak mengenalnya dan teman (hidup baru) yang engkau tidak terbiasa dengannya. Maka jadilah engkau seorang budak wanita baginya maka nescaya ia akan menjadi budak lelakimu. Hendaknya engkau memperhatikan dan menjaga 10 perkara untuknya maka nescaya akan menjadi modal dan simpananmu kelak.

أَمَّا الْأُوْلَى وَالثَّانِيَةُ: فَالْخُشُوْعُ لَهُ بِالْقَنَاعَةِ، وَحُسْنِ السَّمْعِ لَهُ وَالطَّاعَةِ

"Adapun perkara yang pertama dan kedua adalah (1) Tunduk kepadanya dengan sifat qana'ah, serta (2) mendengar dan taat dengan baik kepadanya"

وَأَّمَّا الثَّالِثَةُ وَالرَّابِعَةُ: فَالتَّفَقُّدُ لِمَوْضِعِ عَيْنِهِ وَأَنْفِهِ، فَلاَ تَقَعُ عَيْنُهُ مِنْكِ عَلَى قَبِيْحٍ، وَلاَ يَشُمُّ مِنْكِ إِلاَّ أَطْيَبَ رِيْحٍ

"Adapun perkara yang ketiga dan keempat yaitu engkau memperhatikan pandangan dan ciumannya, maka (3) jangan sampai matanya melihat sesuatu yang buruk dari dirimu dan (4) jangan sampai ia mencium darimu kecuali bau yang terharum"

وَأَمَّا الْخَامِسَةُ وَالسَّادِسَةُ: فَالتَّفَقُّدُ لِوَقْتِ مَنَامِهِ وَطَعَامِهِ، فَإِنَّ حَرَارَةُ الْجُوْعِ مُلْهِبَةٌ، وَتَنْغِيْصَ النَّوْمِ مُغْضِبَةٌ

"Adapun perkara yang kelima dan keenam adalah (5 & 6) memperhatikan waktu tidurnya dan makannya, kerana panasnya lapar itu membakar dan kurangnya tidur menimbulkan kemarahan"

وَأَمَّا السَّابِعَةُ وَالثَّامِنَةُ: فَالاِحْتِفَاظُ بِمَالِهِ، وَالْإِرْعَاءُ عَلَى حَشْمِهِ وَعِيَالِهِ، وَمِلاَكُ الْأَمْرِ فِي الْمَالِ حُسْنُ التَّقْدِيْرِ، وَفِي الْعِيَالِ حُسْنُ التَّدْبِيْرِ

"Adapun perkara ketujuh dan kelapan; (7) menjaga hartanya dan (8) perhatian terhadap kerabatnya dan anak-anaknya. Dan kunci pengurusan harta adalah penempatan harta sesuai ukurannya dan kunci perhatian anak-anak adalah bagusnya pengaturan"

وَأَمَّا التَّاسِعَةُ وَالْعَاشِرَةُ: فَلاَ تَعْصِنَّ لَهُ أَمْرًا وَلاَ تَفْشِنَّ لَهُ سِرًّا، فَإِنَّكِ إِنْ خَالَفْتِ أَمْرَهُ أَوْغَرْتِ صَدْرَهُ، وَإِنْ أَفْشَيْتِ سِرَّهُ لَمْ تَأْمَنِي غَدْرَهُ

"Adapun perkara yang kesembilan dan kesepuluh adalah (9) janganlah sekali-kali engkau membantah perintahnya dan (10) janganlah sekali-sekali engkau menyebarkan rahsianya. Kerana jika engkau melawan perintahnya maka engkau akan memanaskan dadanya, dan jika engkau menyebarkan rahsianya maka engkau tidak akan aman dari pengkhianatannya"

ثُمَّ إِيَّاكِ وَالْفَرَحَ بَيْنِ يَدَيْهِ إِذَا كَانَ مُهْتَمًّا، وَالْكَآبَةَ بَيْنَ يَدَيْهِ إِذَا كَانَ فَرِحاً.

"Kemudian hati-hatilah engkau jangan sampai engkau gembira tatkala ia sedang bersedih, dan janganlah bersedih tatkala ia sedang bergembira."

(Dari kitab Al-'Aqd Al-Fariid karya Al-Faqiih Ahmad bin Muhammad bin Abdi Robbihi Al-Andaluusi, tahqiq : DR Mufiid Muhammad, jilid 7 hal 89-90, Daarul Kutub al-'Ilmiyah, cetakan pertama, tahun 1983)

Saturday, 21 July 2012

ramadhan datang lagi ^__^

assalamualaikum :) 


selamat menyambut Ramadhan bulan yang barakah

 yg mulia:)



"beribadat dan beramal lah seolah-olah ini
 adalah ramadhan yang terakhir buat kita kerna

belum tentu kita akan dipertemukan lagi dengan

 ramadhan akan datang" 

sentiasa berusaha untuk lebihkan amal lebihkan ibadah lebihkan berdoa semoga Allah swt terima ibadah dan amalan kita makbulkan doa dan beri kita keberkatan dan keredhaan hidup dunia akhirat amin:)


wasalam :)
may Allah swt always bless us amin:)

Wednesday, 11 July 2012

ilmu disini:)

Assalamualaikum semua:)
jom sama sama baca...:)
----------------------------------------------------------------- 
Rasulullah saw bersabda; “Barang siapa tidak mahu memohon kepada Allah, niscaya Allah akan murka kepadanya.” – HR at-Tirmdzi dari Abu Hurairah r.a

-----------------------------------------------------------------

"Membuang masa lebih teruk dari kematian, kerana kematian memisahkan engkau dari dunia sedangkan membuang masa memisahkan engkau dari Allah." (Ibn Al-Qayyim)

----------------------------------------------------------------- 

"Aku akan duduk di sebuah tempat yang tidak kuberikan sedikit pun tempat untuk syaitan." (Umar bin Abdul Aziz)


----------------------------------------------------------------- 

Sabda Nabi saw yang bermaksud:Dari Ibnu Abbas Radiallahu-Anhuma dari Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Dua nikmat yang kebanyakan manusia terpedaya dngannya ialah waktu sihat dan masa lapang. (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).

----------------------------------------------------------------- 

"Berhati-hati dengan masa lapang. Sesungguhnya masa lapang itu musuh kamu yang paling ketat. Masa lapanglah yang mendorong pemuda terjerumus ke lembah kesesatan dan keruntuhan akhlak." (Dr Muhammad Badie)

----------------------------------------------------------------- 

"Bacalah al-Quran, atau tatapilah buku-buku, atau pergilah mendengar perkara-perkara yang baik ataupun amalkanlah zikrullah, dan janganlah sama sekali saudara membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tidak berfaedah." (As-Syahid Imam Hassan Al-Banna)

----------------------------------------------------------------- 


"Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita; oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak mengguna masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri maka ringkaskanlah pelaksanaannya." 

(As-Syahid Imam Hassan Al-Banna)

----------------------------------------------------------------- 
p/s: siapa ada hadis papa kalau nk berkongsi letak kat bahagian komen ea:) sama sama lah kita berkongsi ilmu dari Allah moga Allah swt berkati segala amalan kita amin:)

jom baca ni: http://nurufuktimur.blogspot.co.nz/2010/03/antara-nikmat-sihat-masa-lapang.html 

Tuesday, 3 January 2012

ketenangan hati membawa kebahagiaan!^^

assalamualaikum semua:)


alhamdulillah syukur kehadrat ilahi semakin ramai yang berkunjung ke teratak yang tidak seberapa ini....terima kasih banyak dari diriku yang masih jahil tentang agama ini:) 

hari ini macam macam perkara jadi ada yang membuat saya rasa sedih, risau, gembira juga sakit. Bohong kalau saya cakap saya masih gembira bila berlaku semua itu...ada masa sy termenung menyalahkan diri dan berfikiran negatif tetapi sampai di suatu saat saya teringat untuk mengadu padanya...sy minta petunjuk dariNya,redha dan saya berharap agar mendung yang diberikan pada diri saya akan beri cahaya pada sy satu masa nanti insyaAllah..sy juga sedar walaupun ada perkara yang buat saya sedih tp saya sabar dan redha dengan ape yang terjadi then tiba tiba dapat sesuatu yang buat saya gembira:)....so ingatlah


 "ALLAH SWT YANG MERANCANG, KITA HANYA USAHA,TAWAKAL DAN 
BERSERAH KEPADANYA KERANA ALLAH SWT TELAH MERANCANG JALAN/KEHIDUPAN YANG TERBAEK UNTUK KITA TERPULANG KEPADA 
KITA UNTUK MENJALANI PERANCANGAN ALLAH SWT ITU DENGAN BAIK 
ATAU JIKA SALAH LANGKAH KAMU SENDIRI AKAN MEROSAKKAN 
JALAN HIDUP KAMU ITU"

"JIKA KAMU LALAI DENGAN NIKMAT YANG DIBERI JANGAN PERNAH 
SESEKALI KAMU SALAHKAN TAKDIR ALLAH SWT JIKA SUATU HARI KAMU 
HILANG SEMUA NIKMAT YANG TELAH KAMU DAPAT KERANA IANYA 
DATANG DARI TINDAKAN KAMU SENDIRI YANG HANYA TAHU 
MENERIMA DAN TIDAK TAHU BERSYUKUR!"

"MUNGKIN KAMU HIDUP BAHAGIA, BERKEMAMPUAN 
DAN SENANG LENANG TANPA ADA MASALAH YANG PERLU DIRUNSINGKAN 
TAPI INGAT KEMBALI ADAKAH SEMUA KEBAHAGIAN DAN KESENANGAN 
ITU DATANG DARI USAHA KAMU SENDIRI ATAU IANYA JATUH 
DARI LANGIT???? FIKIRKAN KEMBALI DAN JIKA IANYA 
DATANG DARI USAHA KAMU JANGAN LUPA BERSYUKUR DAN 
JIKA IANYA JATUH DARI LANGIT INGAT  YANG SEGALA 
NIKMAT ITULAH UJIAN BUATMU KERANA DIA INGIN 
MENGUJI SAMAADA KAMU MASIH INGAT UNTUK 
BERSYUKUR KEPADANYA"

=)

selalukah kita bersyukur atas segala nikmat kurniaanNya???
adakah Allah swt dihati kita tiap kali kita mendapat rezeki, sedih atau mendapat perkhabaran gembira???
adakah Allah swt yang kita cari jika ada masalah???
jika ya ALHAMDULILLAH:) 

jika tidak
ingatlah pada siapa yang akan menghitung amalan kita diakhirat nanti
tepuk dada tanya iman:)
sama sama kita muhasabah diri untuk malam ni:)
wallahualam, wasalam=)