Shakleemate Sihat Semanis Apple Merah :)

Shakleemate Sihat Semanis Apple Merah :)

Kempen Jom Berhenti Merokok Bersama VIVIX SHAKLEE

Kempen Jom Berhenti Merokok Bersama VIVIX SHAKLEE
Click Gambar untuk Order :)
Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari rundungan sedih dan duka. Aku berlindung kepadaMu dari sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepadaMu dari sifat pengecut dan kedekut. Aku berlindung kepadaMu dari beban hutang dan penindasan orang.

Tuesday, 12 August 2014

GLA Complex Vitamin Ajaib Wanita ^_^

assalamualaikum sahabat2 Sihat Secantik Solehah :D


Di malam yg sunyi, ku duduk terfikirkan GLA Complex hihihi sane sini orang ckp sal GLA ni tp sy xberkesempatan lg nk consume ni sbb tengah fokus nk kurus so consume Omega Guard Lecithin Alfalfa dan ESP hee so ni sedikit sebanyak info mengenai GLA COMPLEX SHAKLEE lebih lebih lg ianya dah jd monthly promotion product tuk July ni ^_^

GLA COMPLEX = VITAMIN AJAIB WANITA!!

yess WANITA untuk kite2 aje hehe tp rilekssss bukan makna xok lgsung tuk LELAKI sebab ianya dapat memperbaiki masalah prostat lelaki dan kerap kencing dan for sure LELAKI yg mengami masalah sendi darah tinggi kencing maNis, yg ada masalah jantung kolestrol juga boleh consume Shaklee ni 



TAPI

kenapa orang gelar VITAMIN AJAIB WANITA???
meh study sket ape fungsi setiap kandungan utama dalaM GLA COMPLEX ni



Borage Seed
Ekzema, Dermatis, Neuropati diabetis, masalah payudara, PMS, rheumatoid arthritis, darah tinggi, kesihatan kulit, keradangan, kulit kering, menstabilkan hormon wanita

ni la Starflower atau dipanggil juga Borage comelkan name startflower just like how it looks ^_^


Minyak Bunga Matahari
Antioksidan, menyihatkan jantung, sumber tenaga, mmbina sel baru, melembabkan kulit, mencegah asma, membaiki sel rosak

Vitamin E
Tinggi antioksidan, melindungi jantung, meningkatkan reproduktif(kesuburan), antipenuaan, meningkatkan tenaga, mengurangkan paru, menyingkirkan radikal bebas, mengurangkan kesan jeragat

PAUSE! senyum sat hee 

so among all those ingredients in GLA mostly are made for mengawal masalah masalah kesihatan wanita, menstabilkan hormon dan dapat menggebu dan mencantikan kulit which is menjadi harapan untuk setiap wanita punya kulit muka yg manis2 yg gebu2 untk tatapan suami kan eceh hehe so thats is why GLA ni orang gelar VITAMIN AJAIB WANITA 

****************************************
FAKTA SEMANIS APPLE ^__^

****************************************


Shaklee mengekstrak GLA dari borage yang ditanam secara organik di kawasan Saskatchewan, Canada. Borage herba tradisi yg dipercayai dan menjadi herba kegemaran orang Barat kerana ianya dapat merawat ulser, mengeluarkan virus, melegakan kelesuan, mengeluarkan kahak, melegakan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina (^_^)v

Kebiasaannya GLA digunakan untuk regulate kitaran haid, simptom PMS, sakit kepala dan untuk mereka yang menopause. Selain itu, GLA Complex ini amat bagus untuk skin textureskin repair dan buat skin glowing.

Siapa yg sesuai ambil GLA Complex ni ye?? adakah anda tergolong dalam golongan bawah ni?? angkat tgn mcm Usop Wilcha kiki

  • Wanita yang menghadapi PMS
  • Mereka yang menghadapi kencing manis
  • Mereka yang bimbang dengan berat badan berlebihan
  • pengidap arthritis rheumatoid dan eczema
  • Mereka yang menghidap diabetes
  • Period yang tidak teratur
  • Mereka yang mahu mencantikkan kulit

Khasiat dan Fungsi Produk ini

  • Herba tradisi yang dipercayai dalam merawat ulser, melegakan kelesuan, membersihkan kahak dan meningkatkan stamina.
  • Mengawal selia estrogen dan testosteron. GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon lelaki dan wanita serta membantu memperbaiki simptom PMS.
  • Melambatkan menopaus, melambatkan penuaan dan mengetatkan uterus.
  • GLA memperbaiki masalah prostat lelaki dan masalah kerap kencing.
  • GLA adalah anti-oksidan yang meningkatkan sistem imun tubuh, menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser.
  • Membantu mengurangkan imflamasi kulit, eczema, alergi, kulit kering dan banyak lagi. Selain itu, GLA juga membantu meringankan sakit dan bengkak yang terjadi akibat rheumatisma dan artritis.
  • Menghalang komplikasi diabetes.
  • Memperbaiki tekstur rambut.
  • Merendahkan kolestrol LDL, menghalang penambahan berat badan dengan berkesan serta memberikan tone pada kulit.
  • GLA juga dibuktikan secara klinikal, memperbaiki keadaan kanak-kanak autisme, sukar memberi tumpuan belajar dan hiperaktif.

Apa lagi khasiat GLA COMPLEX? 



pssstttt: GLA bukan je utk betulkan hormon je tp yg paling syok GLA ni boleh menggebukan mencerahkan kulit yg kusam! wow! syok ke best hehe 

kalau nak cerita in details for each khasiat dalam kandungan GLA ni panjang sgt hehe takut xterbaca lak   maaf atas segala kekurangan semoga ada ilmu yg bermanfaat buat semua insyaaAllah 

signing off wishing for berbotol2 GLA jatuh dari langit mcm hujan untuk hantar pd customer sepanjang bulan ni insyaaAllah hee 

feeqa | si apple manis 
sms/whatsapp 0133097681
sihatsecantiksolehah.blogspot.com 


Tuesday, 15 July 2014

Qailullah vs Qiamuallail

Assalamualaikum sahabat ^_^

arini jom tengok apa itu qailullah :)
actually ramai antara kita yg tidur siang atau napping sebelum tunggu zohor...its good sebenarnya tp sepatutnya ianya diikuti dengan niat ikut sunnah dan niat berehat sebentar untuk qiamullail di malam harinya.




Sabda Rasulullah ﷺ :
“Memakan sahur itu boleh memberi kekuatan untuk berpuasa pada siang hari dan Qailullah (tidur sekejap) pada siang hari (sebelum Zuhur) boleh memberi kekuatan untuk Qiamullail.”
(Hadis Riwayat Ibnu Abbas).


*info yg lebih lanjut dibawah ni mengenai qailullah dibawah ni diambil dari sini 


Waktu Qailullah.


Waktu Qailullah (tidur siang) adalah selama beberapa minit sebelum masuk waktu solat Zuhur atau selepas makan tengahari hingga awal Asar iaitu dengan kadar masanya antara 10 hingga 30 minit sahaja . Waktu paling afdhalnya ialah dalam tempoh setengah jam sebelum masuk waktu solat Zuhur.
.
Imam Muslim menyatakan bahawa “Yang dimaksudkan dengan ‘Qailullah’ adalah tidur di pertengahan hari.”
Manakala al-Hafizh Ibnu Hajar pula berkata, “Qailullah adalah tidur di tengah siang, iaitu ketika matahari tergelincir ke barat, dan beberapa waktu sebelum atau sesudahnya.” (Fath al-Bari [11/79]).
.

Niat Qailullah

.
Setiap kehidupan itu bermula dengan niat. Sebelum melakukan Qailullah, berniatlah agar tidur itu bagi memudahkan terjaga di malam hari dan dapat bangun melakukan solat-solat sunat malam dan berzikir untuk mendekatkan diri kepada Yang Maha Khaliq. Sekiranya tidur tanpa berniat untuk bangun malam, maka tidaklah mendapat sebarang pahala pada Qailullah tersebut.
.

Cara Niat Qailullah

.
Niat kena betul dan ia adalah lintasan hati untuk tidur dan bangun beribadah di malam hari nanti seperti contoh berikut:
.
“Daku tidur sebentar kerana hendak bangun beribadah tengah malam ini, kerana Allah Ta’Ala.”
Atau:~
“Daku tidur sebentar dan mohon terbangun tengah malam ini kerana rasa imanku terhadap-Mu (Allah) dan untuk mendekatkan diri denganMu.”

Amalan Para Solehin

Qailullah adalah menjadi budaya masyarakat Arab dan kebiasaan orang Islam terdahulu, terutama pada musim panas dan bulan Ramadhan. Para solehin dan ulama terdahulu menjadikan tujuan tidur seketika siang hari sebagai persediaan supaya boleh bangun mendirikan solat Tahajjud pada malam harinya.
.
1.  Imam Al Ghazali, di dalam kitab ‘Ihya Ulumuddin’, menyatakan: “Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum gelincir matahari untuk solat Zuhur.”
2.  Dalam sebuah riwayat, Imam Abu Hanifah selama 40 tahun tidak pernah tidur malam kerana malamnya dipenuhi dengan solat malam. Beliau tidur hanya sebentar pada siang hari.
3.  Tidur siang merupakan kebiasaan para salaf. Sebagaimana yang dikatakan oleh Sahl bin Sa’ad radhiyalahu’anhu, “Dahulu kami sering tidur siang, sebelum waktu Zuhur dan baru menikmati makan tengah hari selepas solat Jumaat.” (HR. Bukhari).

Cubalah amalkan sunnah Qailullah ini dengan istiqamah. Ambillah sebahagian kecil waktu rehat tengahari dengan memilih untuk mencuba dan tidur sebentar sama ada di pejabat, tempat kerja atau di dalam kereta.

jangan terlajakkk sampai asar dah la ye hee ^_^

signing off to qailullah :)

Pertanyaan, konsultasi percuma dan pesanan Shaklee boleh hubungi saya di:

Syafiqah Aminah Ismail
♥ sms/whatsApp: 013-3097681
♥ Emel : applepqa@yahoo.com

Saturday, 12 July 2014

bakar lemak degil :O


Assalamualaikum guys ^_^ 

are u guys readyyy??? :0


on your mark!

get set!

GO! 

JOM BAKAR LEMAK!!!!! heee

kasi pecah kasi bakar itu lemak! hehe kecoh lak minah sorg ni pagi2 nak bakar lemak kan..bukan ape sahur td hentam 2 ketul ayam masak kicap feveret my mom dish tuuu...meleleh air liur klu ingat hikhik

bila dah makan xhengat mule la gelabah cari LECITHIN takut abis masa sahur lak kan hehehe dah makan lega rasa...hilang dah rasa bersalah makan byk td hee actually 2ketul ayam tu menu diet atkins sy..supposed its ok je makan tu sbb xmakan nasi tp sebab mission nak kurus lg raya ni :D


LECITHIN ni bukan je pembakar lemak yg aktif tp dy jugak sangat2 elok for those yg still study coz dy menguatkan daya ingatan insyaaAllah ^_^

haaaa pakej tu kurus dapat minda pun kuat..syok ke best? hee jom beli untuk diri anda n hadiahkan buat sahabat ^_^

signing off to qailullah >_<

Pertanyaan, konsultasi percuma dan pesanan produk boleh hubungi saya di:

Syafiqah Aminah Ismail
♥ sms/whatsApp: 013-3097681
♥ Emel : applepqa@yahoo.com

nota jari kelingking kaki: test blog through phone lak ni kiki ketinggalan zaman sgt kan orang dah berzaman gune sigh~

Friday, 11 July 2014

Official Launch ^_^

Assalamualaikum sahabat ^_^

tajuk over sangat kan hee launch la sangat! :p sebelum tu salam ramadhan buat semua ^_^ hey once again back in blogging world as im had been blogging few years ago with sharing mostly about my personal life and dah insaf sket xmau dah publish2 cerita2 sendiri so start a new life new blog which is this blog where the first name is "Islam Agamaku" by sharing all the ilmu agama bi iznillah alhamdulillah xsangka ada juga yang mengjengah blog yg xseberapa ni :')

and insyaaAllah lillahi ta'ala saya lancarkan blog ni buat kali kedua as 

"SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR" 
heee :D



tu je pun hikhik :p

n yes i'll keep on sharing imu2 agama insyaaAllah kerana that was my first intention on making up this blog years ago..hopefully semua dapat ilmu ilmu yang bermanfaat dari post post blog ni yang bukan sahaja untuk men"topup" iman dan ilmu agama anda tetapi juga untuk men"topup" ilmu kesihatan diri penjagaan diri dengan tips tips kecantikan, kesihatan, petua pemuda :p dan sharing on Supplement Shaklee yang dapat membantu anda dalam mendaatkan kesihatan yang baek insyaaAllah bak kate SHAKLEE


"CREATING A HEALTHIER LIFE WITH SHAKLEE" ^_^


orite thats it untuk Official Launch malam ni hee saya menjemput semua untuk sedikit jamuan makan sahur nanti dirumah sendiri ye hee :p

signing off with doa tido ^_^

Pertanyaan, konsultasi percuma dan pesanan produk boleh hubungi saya di:

Syafiqah Aminah Ismail
♥ sms/whatsApp: 013-3097681
♥ Emel : applepqa@yahoo.com

Friday, 31 May 2013

Wasiat Seorang Ibu

WASIAT SEORANG IBU:

أَيْ بُنَيَّةِ، إِنَّكِ فَارَقْتِ بَيْتَكِ الَّذِي مِنْهُ خَرَجْتِ، وَعَشِّكِ الَّذِي فِيْهِ دَرَجْتِ، إِلَى رَجُلٍ لَمْ تَعْرِفِيْهِ، وَقَرِيْنٍ لَمْ تَأْلَفِيْهِ، فَكُوْنِي لَهُ أَمَةً يَكُنْ لَكِ عَبْدًا، وَاحْفَظِي لَهُ خِصَالاً عَشْراً يَكُنْ لَكِ ذُخْرَا

"Wahai puteriku, sesungguhnya engkau telah meninggalkan rumahmu (yang di situlah engkau dilahirkan dan sarangmu tempat engkau tumbuh) kepada seorang lelaki asing yang engkau tidak mengenalnya dan teman (hidup baru) yang engkau tidak terbiasa dengannya. Maka jadilah engkau seorang budak wanita baginya maka nescaya ia akan menjadi budak lelakimu. Hendaknya engkau memperhatikan dan menjaga 10 perkara untuknya maka nescaya akan menjadi modal dan simpananmu kelak.

أَمَّا الْأُوْلَى وَالثَّانِيَةُ: فَالْخُشُوْعُ لَهُ بِالْقَنَاعَةِ، وَحُسْنِ السَّمْعِ لَهُ وَالطَّاعَةِ

"Adapun perkara yang pertama dan kedua adalah (1) Tunduk kepadanya dengan sifat qana'ah, serta (2) mendengar dan taat dengan baik kepadanya"

وَأَّمَّا الثَّالِثَةُ وَالرَّابِعَةُ: فَالتَّفَقُّدُ لِمَوْضِعِ عَيْنِهِ وَأَنْفِهِ، فَلاَ تَقَعُ عَيْنُهُ مِنْكِ عَلَى قَبِيْحٍ، وَلاَ يَشُمُّ مِنْكِ إِلاَّ أَطْيَبَ رِيْحٍ

"Adapun perkara yang ketiga dan keempat yaitu engkau memperhatikan pandangan dan ciumannya, maka (3) jangan sampai matanya melihat sesuatu yang buruk dari dirimu dan (4) jangan sampai ia mencium darimu kecuali bau yang terharum"

وَأَمَّا الْخَامِسَةُ وَالسَّادِسَةُ: فَالتَّفَقُّدُ لِوَقْتِ مَنَامِهِ وَطَعَامِهِ، فَإِنَّ حَرَارَةُ الْجُوْعِ مُلْهِبَةٌ، وَتَنْغِيْصَ النَّوْمِ مُغْضِبَةٌ

"Adapun perkara yang kelima dan keenam adalah (5 & 6) memperhatikan waktu tidurnya dan makannya, kerana panasnya lapar itu membakar dan kurangnya tidur menimbulkan kemarahan"

وَأَمَّا السَّابِعَةُ وَالثَّامِنَةُ: فَالاِحْتِفَاظُ بِمَالِهِ، وَالْإِرْعَاءُ عَلَى حَشْمِهِ وَعِيَالِهِ، وَمِلاَكُ الْأَمْرِ فِي الْمَالِ حُسْنُ التَّقْدِيْرِ، وَفِي الْعِيَالِ حُسْنُ التَّدْبِيْرِ

"Adapun perkara ketujuh dan kelapan; (7) menjaga hartanya dan (8) perhatian terhadap kerabatnya dan anak-anaknya. Dan kunci pengurusan harta adalah penempatan harta sesuai ukurannya dan kunci perhatian anak-anak adalah bagusnya pengaturan"

وَأَمَّا التَّاسِعَةُ وَالْعَاشِرَةُ: فَلاَ تَعْصِنَّ لَهُ أَمْرًا وَلاَ تَفْشِنَّ لَهُ سِرًّا، فَإِنَّكِ إِنْ خَالَفْتِ أَمْرَهُ أَوْغَرْتِ صَدْرَهُ، وَإِنْ أَفْشَيْتِ سِرَّهُ لَمْ تَأْمَنِي غَدْرَهُ

"Adapun perkara yang kesembilan dan kesepuluh adalah (9) janganlah sekali-kali engkau membantah perintahnya dan (10) janganlah sekali-sekali engkau menyebarkan rahsianya. Kerana jika engkau melawan perintahnya maka engkau akan memanaskan dadanya, dan jika engkau menyebarkan rahsianya maka engkau tidak akan aman dari pengkhianatannya"

ثُمَّ إِيَّاكِ وَالْفَرَحَ بَيْنِ يَدَيْهِ إِذَا كَانَ مُهْتَمًّا، وَالْكَآبَةَ بَيْنَ يَدَيْهِ إِذَا كَانَ فَرِحاً.

"Kemudian hati-hatilah engkau jangan sampai engkau gembira tatkala ia sedang bersedih, dan janganlah bersedih tatkala ia sedang bergembira."

(Dari kitab Al-'Aqd Al-Fariid karya Al-Faqiih Ahmad bin Muhammad bin Abdi Robbihi Al-Andaluusi, tahqiq : DR Mufiid Muhammad, jilid 7 hal 89-90, Daarul Kutub al-'Ilmiyah, cetakan pertama, tahun 1983)

Monday, 22 April 2013

siapa kita??

Assalamualaikum wbt....setelah sekian lama menjenguk jenguk blog orang lain...terpanggil kembali untuk mengupdate blog ni...tp apa yg sy beri kali ni semuanya adalah diambil daripada blog ni mr zulfikri ni...banyak sangat ilmu2 disitu yg sangat padat isinya..sy xde edit mahupun buang even a word daripada blog dy..and this is it...barakallahu fikum :)

bila kita beribadat dalam masjid, apa yg kita nampak pada org2 yg tak berada dimasjid/tak beribadat?
sebab kita berasa kita lebih Islam/taqwa/iman dari yg lain?sebab kita mengeji org yg melakukan keburukan?
sebab apa kita pandang org lain dgn kehinaan?
sebab apa kita semakin jauh dgn akhlak Rasulullah?
sebab apa sibuk membuahkan benci?
di mana terdapat akhlak mulia di situ ada agama & ilmu
di mana tiada akhlak tiada juga di situ agama mahupun ilmu
jangan kita sibuk pandang orang lain melainkan diri sendiri dulu.
jangan kita menilai diri sendiri lebih baik dari org lain .
Agama kita adalah Agama beradab bukan sahaja pada ALLAH dan RasulNYA tapi kepada sekalian makhlukNYA.
kata-kata dari Syeikh Kadir Jailani.
1. Apabila kamu bertemu dengan seseorang,maka lihatlah kelebihan yang ada padanya.Dan engkau katakanlah kepada dirimu sendiri,”Mudah-mudahan jadilah dia di sisi Allah lebih baik daripada aku dan semoga Allah mengangkat darjatnya.”
2. Sekiranya dia adalah orang yang lebih muda daripada engkau, katakanlah,” Dia belum menderhaka kepada Allah.Maka tidak ragu lagi dia lebih baik daripada aku.”
3. Sekiranya dia adalah seorang yang lebih tua daripada engkau,maka katakanlah,” Dia adalah orang yang lebih dahulu menyembah dan berbakti kepada Allah daripada aku.”
4. Sekiranya dia adalah orang alim,maka katakanlah,” Dia telah diberikan oleh Allah apa yang aku tidak perolehi dan dia mengetahui apa yang aku tidak tahu.”
5. Sekiranya dia adalah seorang yang jahil,maka katakanlah,” Dia adalah orang yang menderhaka kepada Allah kerana kejahilannya. Sedangkan aku menderhaka kepada Allah dalam keadaan aku
mengetahui bagaimanakah kesudahanku dan kesudahannya. ”
6. Sekiranya dia adalah seorang yang kafir,maka katakanlah,” Aku tidak tahu,mungkin akhirnya dia dia memeluk Islam dan mati dalam keadaan Husnul Khatimah dan mungkin aku jadi kafir dan mati dalam keadaan Suul Khatimah.”
Semoga ALLAH menjauhkan kita daripada sifat riak dan takbur.
p/s: jazakallah khairan kathira kerana sudi baca :)

Saturday, 8 September 2012

Sayangi agama kita :)


Assalamualaikum wbt...
Dari seorang sahabat untuk renungan kita bersama

Kita sering hanya mendengar, membaca artikel di atas jarang sekali kita menghayatinya, cuba kita renung sejenak utk lihat implikasi kepada diri kita keluarga kita dan masyarakat kita jika tiada sesuatu usaha untuk membendungnya. Satu hari nanti dikampung kita akan kita dengar si anu tu dah masuk kristian sedangkan kita tahu si anu tu ada didikan agama, emak bapanya orang beriman juga. Tak lama kemudian dengar-dengar jiran tetangga kita pula  masuk kristian kita masih selamba saja takut takut kita dengar ahli keluarga kita pula masuk kristian. Oleh itu tidak hairan ada di kalangan org kita terpengaruh akibat kurang didikan agama dan juga kesempitan hidup. Oleh itu pastikan ahli keluarga kita dan juga diri kita sendiri mendekati surau dan masjid  pada setiap minggu  ada pengajaran agama supaya jiwa kita disirami dengan iman. 

Sesungguhnya mubaligh kristian terlalu gigih berusaha memasukkan orang kedalam agamanya  kerana ia rasa amat kesian takut-takut orang ini mati belum sempat dikristiankan. Mereka amat percaya kepada hari pembalasan takut org yg tak masuk kristian akan berada dalam neraka. Mereka amat simpati dengan org yang belum di Kristiankan, oleh itu strategi mereka amat lembut dan memasukkan unsur kasih sayang dan sanggup berkorban kepada mangsanya.Namun sebenarnya ada diantara paderi mereka juga  berjiwa bersih dan suci utk mengkristiankan kerana anggapan mereka agama kristian adalah agama yang betul dan mereka berusaha mengkristiankan orang ramai dengan penuh keikhlasan.Mereka lakukan itu dengan niat yang ikhlas utk mencari seberapa ramai umat manusia utk diselamatkan. Usaha yang tak pernah jemu dan bersungguh hati akan pasti menghasilkan sesuatu kerana sifat Rahmannya Allah itu. 


Tidak hairanlah ada cerita yang kita dengar, paderi masuk pula agama islam kerana ia telah memahami hakikat agama mereka dan mendapati agama islam berada dilandasan yang betul.Oleh itu selitkan di dalam hati kecil kita pula utk bertemu dengan paderi itu atau mana-mana org bukan islam bagi memberi kefahaman tentang agama kita.Ikhlaskan hati kita supaya satu hari nanti kita dapat mengusahakan ada orang yang masuk islam atas sebab ikhtiar kita atau peribadi kita atau tuturkata kita, semuga usaha yang tak pernah jemu dan disulami dengan keiklasan dapat membuahkan hasil yang membahagiakan. ikutilah cerita di bawah utk kita hayati dan renungi 



Jalan-jalan Syurga  
Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imamdan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itudan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karyaIslamik yang lain.Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluarseperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amatdingin dan hujan mulai turun.Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas danseraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah inimasanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah""Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat""Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketikahujan turun"Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuacasebegini"Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepadaanaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!""Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredahhujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa punyang dijumpainya.
Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikanrisalah itu kepada penghuninya.Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" adapada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masihada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencarisiapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.
 Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mulamengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu dirumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentardan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namunsekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi,mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambilkeputusan menekan loceng sekali lagi.
Akhirnya pintu rumah itu dibuka. Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an.Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?" Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit. "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amatsayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang palingbertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi."Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembutMinggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imammemberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nakmenyatakan sesuatu"Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalahperempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan iniyang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali.

Untukpengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangandalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya."Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadisaya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadapanak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satulagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tibaloceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapapun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyilagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi"."Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng inisetelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergike pintu""Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu.Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maafsaya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkanmakcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indahyang saya dengar". "Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintudan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yanghampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka.Aku tak perlukan itu lagi"."Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadihamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat inidan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikatkecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan beradaselama-lamanya di dalam neraka"Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yangberteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknyayang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya. Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerahyang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yangsekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat. Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepadamakhlukNya yang penyayang Panjangkanlah risalah ini. Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memeliharakamu! TAKBIR!! ALLAHUAKBAR!Wassallam 

Firman Allah swt :

"Sesungguhnya agama di sisi Allah adalah ISLAM"