Shakleemate Sihat Semanis Apple Merah :)

Shakleemate Sihat Semanis Apple Merah :)

Kempen Jom Berhenti Merokok Bersama VIVIX SHAKLEE

Kempen Jom Berhenti Merokok Bersama VIVIX SHAKLEE
Click Gambar untuk Order :)
Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari rundungan sedih dan duka. Aku berlindung kepadaMu dari sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepadaMu dari sifat pengecut dan kedekut. Aku berlindung kepadaMu dari beban hutang dan penindasan orang.

Tuesday 15 July 2014

Qailullah vs Qiamuallail

Assalamualaikum sahabat ^_^

arini jom tengok apa itu qailullah :)
actually ramai antara kita yg tidur siang atau napping sebelum tunggu zohor...its good sebenarnya tp sepatutnya ianya diikuti dengan niat ikut sunnah dan niat berehat sebentar untuk qiamullail di malam harinya.




Sabda Rasulullah ﷺ :
“Memakan sahur itu boleh memberi kekuatan untuk berpuasa pada siang hari dan Qailullah (tidur sekejap) pada siang hari (sebelum Zuhur) boleh memberi kekuatan untuk Qiamullail.”
(Hadis Riwayat Ibnu Abbas).


*info yg lebih lanjut dibawah ni mengenai qailullah dibawah ni diambil dari sini 


Waktu Qailullah.


Waktu Qailullah (tidur siang) adalah selama beberapa minit sebelum masuk waktu solat Zuhur atau selepas makan tengahari hingga awal Asar iaitu dengan kadar masanya antara 10 hingga 30 minit sahaja . Waktu paling afdhalnya ialah dalam tempoh setengah jam sebelum masuk waktu solat Zuhur.
.
Imam Muslim menyatakan bahawa “Yang dimaksudkan dengan ‘Qailullah’ adalah tidur di pertengahan hari.”
Manakala al-Hafizh Ibnu Hajar pula berkata, “Qailullah adalah tidur di tengah siang, iaitu ketika matahari tergelincir ke barat, dan beberapa waktu sebelum atau sesudahnya.” (Fath al-Bari [11/79]).
.

Niat Qailullah

.
Setiap kehidupan itu bermula dengan niat. Sebelum melakukan Qailullah, berniatlah agar tidur itu bagi memudahkan terjaga di malam hari dan dapat bangun melakukan solat-solat sunat malam dan berzikir untuk mendekatkan diri kepada Yang Maha Khaliq. Sekiranya tidur tanpa berniat untuk bangun malam, maka tidaklah mendapat sebarang pahala pada Qailullah tersebut.
.

Cara Niat Qailullah

.
Niat kena betul dan ia adalah lintasan hati untuk tidur dan bangun beribadah di malam hari nanti seperti contoh berikut:
.
“Daku tidur sebentar kerana hendak bangun beribadah tengah malam ini, kerana Allah Ta’Ala.”
Atau:~
“Daku tidur sebentar dan mohon terbangun tengah malam ini kerana rasa imanku terhadap-Mu (Allah) dan untuk mendekatkan diri denganMu.”

Amalan Para Solehin

Qailullah adalah menjadi budaya masyarakat Arab dan kebiasaan orang Islam terdahulu, terutama pada musim panas dan bulan Ramadhan. Para solehin dan ulama terdahulu menjadikan tujuan tidur seketika siang hari sebagai persediaan supaya boleh bangun mendirikan solat Tahajjud pada malam harinya.
.
1.  Imam Al Ghazali, di dalam kitab ‘Ihya Ulumuddin’, menyatakan: “Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum gelincir matahari untuk solat Zuhur.”
2.  Dalam sebuah riwayat, Imam Abu Hanifah selama 40 tahun tidak pernah tidur malam kerana malamnya dipenuhi dengan solat malam. Beliau tidur hanya sebentar pada siang hari.
3.  Tidur siang merupakan kebiasaan para salaf. Sebagaimana yang dikatakan oleh Sahl bin Sa’ad radhiyalahu’anhu, “Dahulu kami sering tidur siang, sebelum waktu Zuhur dan baru menikmati makan tengah hari selepas solat Jumaat.” (HR. Bukhari).

Cubalah amalkan sunnah Qailullah ini dengan istiqamah. Ambillah sebahagian kecil waktu rehat tengahari dengan memilih untuk mencuba dan tidur sebentar sama ada di pejabat, tempat kerja atau di dalam kereta.

jangan terlajakkk sampai asar dah la ye hee ^_^

signing off to qailullah :)

Pertanyaan, konsultasi percuma dan pesanan Shaklee boleh hubungi saya di:

Syafiqah Aminah Ismail
♥ sms/whatsApp: 013-3097681
♥ Emel : applepqa@yahoo.com

No comments: